” Pandai ajak sembang da.. ” – Netizen

Video Ayra Aryssa Sibuk ‘Bersembang’ Dengan Amyra Rosli Buat Peminat Terhibur. Amboi Aryssa Rancak Betul Bunyinya. Comel Sungguh !!

Tanggal 1 Februari lahirlah puteri kesayangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang dinanti-nantikan. Dinamakan sebagai Ayra Aryssa, kehadirannya menyemarakkan lagi kasih sayang dalam keluarga pasangan ini. Peminat yang teruja dan sudah lama menantikan kelahiran comel bayi ini akhirnya tersenyum gembira.

Kini sudah 3 bulan berlalu, Aryssa membesar dengan sihat dan cukup sempurna. Punya ayah ibu yang penyayang, Aryssa juga disayangi abangnya Aqeef Anaqi. Lihat sahaja gelagat Anaqi sejak dari hari lahirnya Aryssa sehingga kini, pasti dia akan sentiasa di sisi adik menemani.

Aryssa yang sudah semakin tembam dan bulat buat peminat ger4m melihat pipi nya yang gebu itu. Wajahnya amat mirip dengan wajah Amyra buat peminat tak sab4r untuk melihat Aryssa besar. Hari demi hari, Aryssa mula belajar perkara baru dan kini dia sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyian yang buat hati Amyra teruja mendengarnya.

Menerusi akaun Instagram aamyra.amar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aryssa yang seronok bercakap dengan bahasa bayinya. Suara Aryssa yang comel bersembang dengan Amyra itu buat peminat terhibur. Alahai comel sangat !!

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Aryssa ini buat peminat terhibur. Antara komen-komen mereka :

” Pandai ajak sembang da … Comel Aryssa .. “

” Bangun sahur ya… Good girl… Aamiin… Alhamdulillah.. “

” MasyaAllah tabakawlaah cutenya.. “

” Subhaanallah comelnyerr.. Semoga menjadi anak yang solehah dewasanya nanti. Aamiin.. Dia pun nak bersahur tu.. Hehe.. “

” Ger4mnya Aryssa ni ye… Pandai dia ngajak ibu bual.. “

” Pandai pulak dia jawab ye bila mummy panggil eh… Anak solehah ni… “

” Comey baby .. Dah pandai nak berborak dah ye sayang.. “

Comel sangat bila Aryssa dah mula pandai berinteraksi sebegini. Lagi buat peminat ger4m melihat gelagatnya itu. Rancak betul ajak sembangnya tu. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap supaya Aryssa sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aamyra. amar, IG Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..