” Pakai tudung simple macam ni pun dah so cantik mak buy0ng ni.. “

Penampilan Fasha Sandha Di Sekitar Majlis Pertunangan Adik Iparnya Menjadi Tumpuan Netizen. Alahaii… Manissssnyaaa Fasha !!

Jika anda mengikuti perkembangan selebriti tanah air iaitu Fasha Sandha dilaman Instagram pastinya dapat melihat isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini kelihatan semakin cantik dan berseri-seri memandangkan kini beliau juga sedang berbadan dua.

Terdahulu, langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakonan bermula apabila beliau telah diperkenalkan menerusi filem arahan pengarah Ambri Kailani,iaitu Black Maria sebagai watak pembantu. Filem tersebut telah ditayangkan pada 26 Jun 2003.

Fasha telah mendirikan rumah tangga kali kedua pada tahun lepas bersama pilihan hatinya, Aidil Aziz. Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga telah dikurniakan dua orang cahaya mata seorang lelaki dan seorang perempuan bernama, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Fasha telah berkongsi gambar sekitar beliau menghadiri majlis pertunangan adik iparnya, iaitu adik lelaki suaminya, Aidil. Kelihatan Fasha sangat cantik dan manis apabila beliau mengenakan tudung.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

View this post on Instagram

💖

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata netizen turut memuji Fasha yang kelihatan sangat jelita itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Lawanya Fasha.. “

” Alhamdulillah, so pretty dear! “

” Ya Allah.. Cantik nye.. “

” Berserinya. Alhamdulillah. Im happy for u.. “

” Pakai tudung macamtu pun ccantikkkk laaaa.. “

” Pakai tudung simple macam ni pun dah so cantik mak buy0ng ni .. “

” Sweet plus ayunyaa preggy mommy ni.. “

” Lawa kak Fasha.. “

Cantiknya Fasha. Simple sahaja tengok Fasha bergaya, tapi penampilan beliau sangat menarik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fasha dan keluarga sentiasa bahagia dan segala urusan Fasha untuk bersalin nanti akan dipermudahkan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..