” Orang dulu hormat cikgu macam mak ayah sendiri.. “

Video Pak Nil Menang1s Dikej0tkan Dengan Kehadiran Bekas Gurunya Semasa Di Tingkatan 6 Buat Ramai Seb4k. Betapa Beliau Menghargai Guru Yang Telah Mendidiknya. Terbaik Pak Nil !!

Pak Nil sudah lebih 26 tahun melibatkan diri dalam industri seni. Beliau merupakan seorang yang mempunyai pelbagai bakat dalam dunia seni. Pak Nil mampu menjadi pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio. Pak Nil memulakan kerjayanya dalam bidang penyiaran sebagai pembaca berita.

Kemudian Pak Nil beralih ke dunia pengacaraan. Rancangan pertama yang beliau mengacarakan ialah rancangan permainan Pop Kuiz yang popular pada tahun 1992. Seterusnya Pak Nil mengacara rancangan majalah hiburan dan g0sip Melodi pada tahun 1994.

Sehingga kini Pak Nil masih aktif dalam dunia pengacaraan kerana bakat yang beliau miliki. Sepanjang beliau dalam industri hiburan, pelbagai anugerah yang diperolehi olehnya. Walaupun umurnya sudah hampir 60 tahun namun Pak Nil sentiasa awet muda.

Menerusi akaun Instagram, sebelum ini Pak Nil ada berkongsi sebuah video seorang lelaki berdialog dengan Dr Maszlee menjadi viral di media sosial. Lelaki yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah guru yang mengajar Paknil ketika di tingkatan 6.

Pak Nil menyatakan keinginan untuk bertemu dengan guru tersebut. Namun pada 29 Februari yang lalu, satu kej0tan telah berlaku apabila guru berkenaan tiba-tiba muncul ketika Pak Nil sedang memberi ceramah motivasi di atas pentas dalam sebuah dewan.

Kelihatan Pak Nil yang terkej0t dan berasa sebak dengan kehadiran insan yang beliau ingin sangat untuk berjumpa itu. Perkongsian video pertemuan Pak Nil dengan Encik V Chakaravaty buat ramai yang tersentuh dan menitiskan air mata.

Jom kita tonton video di bawah ini :

Rata – rata netizen merasa seb4k apabila menonton video tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Orang dulu hormat cikgu macam mak ayah sendiri… “

” Sebak.. org hebat pancarkan aura hebat juga… “

” Menghormati guru x kira bangsa . . “

” Awwww so touching.. “

” Berapa kali ulang tgok pun mesti.. Betul pak nil, bangsa dan agama bukan halangan utk kita capai kejayaan, kita satu MALAYSIA yg berbilang kaum dan agama harus sentiasa bersatu dalam apa jua.. “

” Wow.. so touched.. but its true.. tak kira apa bangsa sume bangsa bole maju.. cume keputusan terpulang kpd kite sendiri utok memilih.. blessed and sending for both of these lovely people.. “

” Ya Allah paknil…. menitis air mata sy bila tgok video paknil ni.. “

” So touching… Sgt bangga dgn apa yg pak nil capai n apa yg saya capai… Berkat ibubapa dan guru yg sgt kita HORMATI.. “

Terharu rasanya apabila melihat seorang anak murid yang begitu menghargai jasa gurunya. Berkat daripada Pak Nil yang begitu menghormati dan menghargai gurunya menyebabkan Pak Nil berjaya sehingga kini. Sesiapa yang menonton video ini pasti akan menyentuh hati anda !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Nil by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..