” OMG yay, Congratulations you two.. ” – Fazura
Selepas 7 Tahun, Jehan Miskin Kongsi Berita Gembira Kepada Peminat. Wah, Tahniah Jehan Dan Isteri !!
Masihkah anda ingat dengan pelakon kacak, Jehan Miskin yang dahulunya banyak menghiasi drama-drama tempatan di kaca televisyen. Jehan kini sudah lama menyepikan diri dalam dunia hiburan selepas mendirikan rumah tangga.
Meninjau ke akaun Instagram Jehan, dia telah berkongsi satu berita gembira buat para peminatnya di mana isterinya Julie Camelia Rhee disahkan hamil anak sulung selepas 7 tahun mendirikan rumahtangga. Pastinya pasangan ini begitu teruja.
Perkhabaran berita gembira ini bukan sahaja dikongsikan oleh Jehan sendiri malah isterinya juga turut berkongsi berita tersebut di laman Instagram miliknya. Mereka dijangka bakal menyambut kelahiran zuriat pertama ini pada tahun hadapan.
Jehan dan isteri juga tidak ket1nggalan berkongsikan foto imbasan kandungan dengan kapsyen 1+1 = 3. Sekadar maklumat, Jehan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee, yang juga merupakan wanita kelahiran Korea Selatan pada Mei 2013.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Antara komen-komen mereka :
” Omg yayyy, Congratulations you two.. ” – Fazura
” Yeah dah announce! congratulations you two , Weeehooo news is out !! I cant wait to see this lil peanut. Congratulations u both.. “
” Awesome news bro! Congratulations .. “
” Congratulations guys. Alhamdulillah.. “
” Congratulations!! I seen where you got the caption from .. “
” Finally la macha you announced it! So happy for you both. Love you both long time.. “
Nampaknya penantian untuk memiliki cahaya mata akhirnya dimakbulkan oleh Allah selepas sekian lama mendirikan rumahtangga. Tahniah diucapkan kepada Jehan Miskin dan isteri. Semoga segala urusan pasangan dipermudahkan sehingga bersalin nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jehan Miskin
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..