” Ok, sisturr janji tak buat lagi, ni last.. “

Rita Rudaini Kongsi Video Cerita Akhir Bersama Abang Askar. Wahh.. Happy Ending. Kreatif Betul Rita, Nampak Real Sungguh !!

Siapa tidak kenal akan pelakon yang tinggi lampai yang kekal cantik meskipun telah berusia 44 tahun iaitu Rita Rudaini. Selain bergelar seorang pelakon, Rita juga merupakan model dan seorang usahawan. Sepanjang kerjayanya, Rita telah membintangi banyak drama TV tempatan.

Biarpun Rita agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jar0m Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.  Selain itu, Rita juga pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis.

Umum mengetahui, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Rita telah berkongsi satu video yang telah disunting sendiri oleh Rita bersama pelakon Korea iaitu Hyun Bin. Sebelum ini Rita juga dilihat sering memuat naik naik gambar bersama pelakon Korea itu dan telah mendapat perhatian ramai pengikutnya di Instagram.

Ikuti perkongsian video yang telah dikongsikan oleh Rita di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Rita itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tgk nih rasa nk repeat lg lah tgk cite ni.. “

” Sukeee gambar yg pegang payung tuuu.. “

” X kisah la asal x sentuh hidup org.. “

” Real sgt… Mmg real betul tengok.. “

” Happy ending till jannah tu.. “

” Awat comey sgt.. Tgk pun dh mcm korea dh ni..  “

” Alahhh.. Dah la cite favorite nihh. Hati ni rasa macam dicarik2 je. Iols jelesss.. “

Kreatif betul Rita buat video tu. Memang kacak betul hero Hyun Bin patut lah Rita suka betul. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga suatu hati nanti Rita akan bertemu jodoh yang baik dan sentiasa menyayangi Rita dan anak-anak dengan sepenuh hati. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini by Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..