” Nyanyi santai pun dia tapau habis, dah macam lagu sendiri.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Menyanyikan Lagu Casablanca Dalam Rancangan Sepahtu Reunion Cur1 Perhatian Peminat. Sedapnya Suara Ernie, Sambil Lap Meja Pun Padu Betul Suaranya !!

Seperti biasa, rancangan hiburan Sepahtu Reunion akan menampilkan artis jemputan khas bagi setiap episodnya. Minggu lalu, penyanyi Ernie Zakri menjadi pilihan dan kehadiran Ernie menggamatkan lagi pentas Sepahtu Reunion.

Meninjau akaun Instagram Ernieators Official, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan salah satu babak lakonan Ernie. Ditugaskan untuk menyanyikan lagu yang sedang hang4t berkumandang di semua media sekarang iaitu Casablanca, nyanyian Ernie mengagumkan ramai.

Lagu dendangan asal Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini dibawakan dengan penuh perasaan dan gayanya yang tersendiri. Kehebatan vokal Ernie memang tidak dapat dipertikaikan lagi, lemak dan merdu jadinya apabila Ernie menyanyi.

Memetik kata peminat, berilah apa sahaja genre lagu kepada Ernie, pasti akan kedengaran sedap dan tak jemu ditonton. Sambil mengelap meja pun, tetap power suara Ernie. Untunglah Khawla ada ibu yang bersuara sedap seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat lebih 600 likes setakat ini. Pujian turut diberikan oleh peminat untuk persembahan Ernie dan antara komen-komen mereka :

” Favourite singer ever, sedapnya suara Ernie ni. Bagi lah lagu apa pun, tetap power bila Ernie nyanyi.. “

” Sedap g1la suara Ernie. Bukak mulut je terus onzz, Ernie memang best ever lahh.. Suara power.. “

” Dah macam irama Malaysia pulak hehe but in love dengan original and this. Both i like.. “

” Weh sedapnya suara, tak tahu nak cakap ape la. tak kira lagu sape ernie nyanyi dah macam lagu dia. bersahaja macam tu je kite dengar pun dah power.. “

” Sedap pulak Ernie cover lagu ni, jadi mendayu-dayu hai lah lunak merdu betul suaranya.. “

” Nak yang full cover please Ernie Zakri. Tak puas dengar, bestnya suara dah macam lagu sendiri pula. Sambil lap meja pun tetap on point suaranya.. “

” Macam ni baru lagu ni sampai. Nyanyi santai pun dia tapau hab1s. Nyanyi saje saje pun sedap la.. “

Suara Ernie memang merdu dan penyampaiannya terbaik, penonton juga memberikan tep0kan gemur0h kepada Ernie. Semoga pada masa akan datang, Ernie berpeluang berkolaborasi bersama Sepahtu lagi dan menghiburkan semua dengan nyanyian dan lakonannya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ernieators Official, IG Ernie Zakri, IG Zon Lawak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..