” Nyanyi lagu tema susu pun sedap, melekat dalam kepada weh.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tema Susu Farm Fresh. Fuh Lain Macam Betul Aura Tokti Ni. Menyanyi Lagu Susu Pun Sedap, Dah Macam Buat Konsert. Semua Lebih Baik, Semua Lebih Baik, Melet0p Lah Tokti !!

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak dan Official Ria X, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza malam tadi.

Untuk makluman, secara rasminya DS Siti diumumkan sebagai duta susu Farm Fresh. Melihat daripada persembahan DS Siti ini, ramai penonton di auditorium teruja begitu juga dengan penonton di rumah. Manakan tidak, menyanyi lagu tema susu pun begitu gempak persembahan DS Siti.

Seakan-akan konsert, itu yang dikatakan oleh warganet. Suara DS Siti yang sememangnya diketahui lunak merdu itu membuatkan lirik dan melodi lagu ini melekat di kepala masing-masing. Wah murah betul rezeki DS Siti, jadi duta susu pula.

Diiringi penari-penari, DS Siti nampak begitu enjoy dengan persembahannya itu. Confirm semakin ramailah peminat susu Farm Fresh selepas ini gara-gara DS Siti sebagai duta. Bos susu, Encik Azmi juga terhibur melihat nyanyian DS Siti.

Jom tonton video di bawah :

Video perkongsian ini telahpun meraih perhatian peminat terutamanya peminat DS Siti. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan :

” Tak mas4lahnya lagu susu nie dah bermain kt kepala dari tadi, tengah basuh pinggan auto semuanyaaa baikkkk.. tak paham aku. Nyanyi lagu tema susu pon sedap dekk.. “

” Nyanyi lagu tema susu pun sedap, dah macam konsert lagu balada pulak tokti hehe. Terngiang-ngiang lagi dalam kepala, melekat dalam kepada weh.. aduss.. “

” Lagu iklan susu pun sedap jadi lemak berkrim… Pastu macam tengok konsert pulak. hai lah siti nurhaliza, suara tu berhantu betul.. “

” Tokti nyanyi lagu iklan pun macam buat konsert la weh. adui nyanyi ler lagu apa pun, melekat ke jiwa sebab tokti nyanyi melebihi segala rasa.. “

” Betul betul betul … terasa konsert pulak… hahaha.. that why tokti tak masuk gegarvaganza… kalau masuk every week macam ni la dik…. ahahha konsert.. “

” Ni yg rsa nk bli susu farm fresh bebanyk. ingatkan tokti sebut mama mia mama mia let me goo wesh.. “

” Lemak merdu je tokti nyanyi lagu susu. Lagu susu pun jadi sedap weh, dasyh4t lah suara tokti ni.. “

” Lagu tema farm fresh je pun tapi dia punya sedap, ya ampun. Tokti ni memang keg1laan la, dia nyanyi lagu farm fresh pun meleleh sedapnya.. “

Pemilihan yang tepat dan pastinya akan menaikkan lagu nama susu Farm Fresh selepas ini. Persembahan yang padu dan memuk4u, tahniah DS Siti. Terasa hendak minum susu Farm Fresh lah, moh lah kita cari susu, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Ria X, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..