” Noah be like please hurry up. While Adam be just chill.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Kembar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Sheikh Adam Dan Sheikh Noah Terlewat Ke Sekolah Buat Ramai Terhibur. Walaupun Lewat Tetap Bersemangat Untuk Masuk Ke Sekolah. Nasib Baik Daddy Mengaku Salah, Haha !!

Sheikh Adam dan Sheikh Noah merupakan anak kembar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr. Halina Mohd Yunos. Pasangan kembar ini sudah berusia 4 tahun dan sudah dihantar ke sekolah.

Meninjau ke akaun Instagram, Dr. Muszaphar telah memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak kembarnya itu yang terlewat ke sekolah. Menurut Dr. Muszaphar, beliau terlewat menghantar anaknya kerana terlelap.

Ini bukanlah kali pertama mereka terlewat, sebelum ini Dr. Muszaphar pernah berkongsi video mereka terlewat ke sekolah. Namun kali ini agak berbeza kerana ia berlaku di awal Ramadhan. Mungkin juga kerana rutin harian yang berubah.

Memakai pakaian sedondon, Adam dan Noah nampak begitu comel sekali. Jika diperhatikan dari kasut sehingga beg sekolah mereka semuanya sama. Mereka akhirnya dibenarkan untuk masuk ke sekolah walaupun terlewat.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat pasangan kembar, Adam dan Noah ini telah menghiburkan netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hahaha…. daddy take full responsibility. it’s ok daddy. Daddy penat sebab berpuasa… My kids 4y and 3y, 7.30am tak nak pergi school. Tired. Tp at 9.30am suddenly lets go to school. Aduii.. “

” Noah be like : please hurry up. Open the door. While Adam be like: Just chill. Daddy lambat takpe.. kereta kita bawak .. “

” Aduhai si kembar niii… melting hari2,, Suka tgk ank kembar, boleh matching baju kasut gaya pown lebih kurang.. “

” Heheee… nk kne denda nie daddy Adam & Noah comel jek diorg…. Daddy kena ket0k ketampi.. Haha what happen to daddy ?.. sahor lambat ea.. “

Its ok daddy, its day 1 puasa we all feel tired easily haha tak sgka sama. weolls pun lmbt td hntr the kids gi school.. “

” I love their bags. So nice. How can I get these type of customized bags ? doktor takde pembatu rumah ke?.. kat mana nak cari beg mcm tu.. “

” Sometimes things happen, Dr. Anyway, love to see the boys were so excited to enter the school, Masha’Allah. Have a blessed 2nd day of Ramadan, Dr… “

Adalah perkara biasa apabila kita terlewat di awal Ramadhan kerana rutin harian kita sudah berubah. Semestinya esok dan seterusnya sudah biasa. Semoga pasangan kembar ini berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..