” No 2 dari kanan sebiji Cicabelle.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Ketika Zaman Sekolah Rendah, Wajah Datin Sri Zizie Izette Raih Perhatian Peminat. Wah Seiras Sangat Wajah Anak Perempuan Zizie, Aalisa Belle Izette. Comel !!

Zaman persekolahan adalah zaman yang banyak menyimpan pelbagai memori indah. Menerusi akaun Instagram Datin Sri Zizie Izette, sekeping gambar kelas ketika di zaman sekolah rendah telah dikongsikan.

Gambar tersebut dirakamkan pada tahun 1985 di SRK Jalan Ayer Pan4s. Pada ketika itu, Zizie berada dalam tahun 1 Melur. Menurut Zizie, gambar ini dahulunya pernah vir4l di media sosial namun di sebalik gambar tersebut ada terselit seseorang yang amat dikenali.

Walaupun Zizie tidak menyatakan siapakah yang dimaksudkan olehnya namun ramai yang meneka bahawa ia merupakan diri Zizie sendiri. Ini kerana mereka ternampak seseorang yang memiliki wajah persis seperti anak bongsu Zizie, Aalisa Belle Izette.

Ramai netizen meneka Zizie merupakan kanak-kanak yang duduk di barisan hadapan di sebelah kiri. Tidak sukar untuk mengec4m Zizie kerana pastinya seseorang yang memiliki kulit putih dan gebu serta comel.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai menyatakan wajah Zizie ketika kecil sama seperti wajah anak perempuannya, Cicabelle. Antara komen-komen yang diberikan :

” Bila tgk gambar nie mata terus tertumpu dikerusi hadapan. nampak dah… 2dari kiri…. serupa dgn ank perepmuan sis… rupanya.. besar mesti gebu macam mumy nyee nanti.. “

” Duduk atas kerusi no 2 dari kiri. Sapa tuuu… Zizie ke tu yg putih2 tu. Tak tahu nak cari siapa ? Cicabel ke Mima. Oh zaman rambut sarang tebuan .. “

” Yang duduk kaki bersilang. Budak comel yg duduk dikerusi barisan depan no.2 dr kiri tu ya. Nampak cicabel di situ.. “

” R u the 2nd from left side ? Putih gebu tu datin.. I see CicaBell in the picture.. Kena cari artis yg lahir tahun 1978 @ 43 tahun di tahun 2021.. “

” No 2 dr kiri kann , putih gebu, datin sri ni.. Sis nampak mini Mommy Kathy duduk 2 dari kiri.. Nmpk mcm aadam n aaleph je kat bangku depan kanan tu.. “

” No 2 dari kanan sebjik chicaaa. Mn satu org yg viral tu hehehe.. its you dear. I know sbb my brother same class with you.. “

” Hehehee.. you are the front row 2nd from left.. so cute.. sebiji muka cica.. Senang je.. cari yg putih melepak tu… awak la.. “

Jika diperhatikan memang nampak seiras wajah Cicabelle kan. Pastinya apabila Cicabelle dewasa memiliki raut wajah secantik ibunya. Maklumlah sudah namanya anak-beran4k, Cicabelle pastinya akan mewarisi kecantikan ibunya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..