” Ni style bapa-bapa sekarang, lepas tu pass handphone pada anak.. ” – Netizen

Video Ajak Shiro Kant0i Sedang Tidur Ketika Melayan Anaknya Buat Ramai Terhibur. Amboi, Tidur Pun Ada Gaya. Kapsyen Pun Kelakar !! 

Meninjau ke akaun Instagram Ajak Shiro, perkongsian terbaru Ajak telah membuatkan ramai terhibur. Video yang berdurasi beberapa saat ini dirakamkan oleh isteri Ajak kerana melihat Ajak sedang tidur dengan begitu lena sekali.

Menurut Ajak, dia ingin menyampaikan cerita kisah-kisah nabi kepada anak perempuannya, Nada. Namun sebaliknya yang berlaku apabila Ajak terlelap sebelum sempat memulakan cerita. Manakala Nada di sampingnya sedang bermain telefon.

Ajak turut menulis kapsyen yang berbunyi ‘ dulu time belajar dia tidur, sekarang time mengajar pun tidur ‘ yang merujuk pada dirinya. Selain itu, gaya tidur Ajak juga membuatkan ramai terhibur kerana mempunyai gaya tersendiri dengan tangannya berada di dalam poket seluar.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 7 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat Ajak yang kononnya ingin mengajar anak.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Ajak. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Ajak dah bangun ke belum.. Time belajo dia tido time mengajor pun tidor tu tak tahannn.. tengah citer tu dalam mimpi.. “

” Hari2 cikgu tido, cikgu sudah tido mari kita main.. Peghhhh tdo Pun style.. cikgu win.. hahaha penat bercerita tu.. “

” Dia Ajak dan dia meny0mbong. cikguuuu Pipahhhh.. Sbb tu takleh mengajar kat sekolah tu.. nt jadi mcm cite P.Ramlee.. “

” Nie style bapak2 skg.. acah2 bcrita lps tu pass hp gn ank buka utube & tido..hahaha..sbijik dgn laki sy.. “

” Tido tangan masuk poket, tkot pipah sel0k duit dia.. Dah cerita dah tadi.. Nanti smbung part 2. Tido tgn siap masuk poket.. style betul.. “

” Sambung citer dlm mimpi je.. Byk duit tu… tido pun selok kocek.. Ni nada yang citer kisah nabi dekat baba.. “

” Hari2 cikgu tido, cikgu sudah tido mari kita main.. Selesa sangat… baba ajak kuat tidur ye.. Gaya tido apa tu? tido pun ada fashion show ke.. “

Nampaknya Ajak sudah ‘terkant0i’ dengan isteri. Selepas ini pastinya si isteri akan sentiasa memerhatikan Ajak apabila Ajak bersama anak-anak, hehe. Nada pun nampak seronok je dapat main telefon.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..