” Ni ja pose paling cepat yang boleh fikir.. ” – Izara Aishah

Gambar Dan Kapsyen Posting Terbaru Izara Aishah Jadi Tumpuan. Macam Bergambar Dekat Hospital Je Tu. Dah Nak Bersalin Ke ?

Pelakon Izara Aishah mencipta namanya tersendiri dengan lakonannya yang mantap dan hebat. Sejak awal kemunculannya, Izara sentiasa ‘bersih’ dari sebarang gos1p cinta hinggalah beliau terbuka bercerita dan mempamerkan kisah cintanya bersama anak tir1 kepada Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

Setelah mengenali hati budi masing-masing, pasangan ini memilih 17 November 2017 sebagai tarikh penyatuan mereka sebagai suami isteri. Setelah 2 tahun bersama sebagai suami isteri, Januari lalu kelibat Izara yang hadir ke majlis resepsi Farah Nabilah mengej0tkan ramai.

Rupa-rupanya Izara sudahpun hamil anak pertamanya. Februari lalu juga, satu Majlis Baby Shower diaturkan oleh keluarga Adib dan mengumumkan jantina anak yang dikandungkan itu. Dijangkakan bakal melahirkan anaknya itu pada April, hari berganti hari, bulan berganti bulan kini April sudahpun menjelma.

Menerusi akaun Instagram, Izara Aishah telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama Adib dengan kapsyen yang penuh tanda tanya. Memandangkan April yang disebut-sebut sebagai due date kandungannya itu, semestinya ada yang tertanya-tanya apakah masanya sudah sampai.

Jom baca perkongsian di bawah:

View this post on Instagram

Ni ja pose paling cepat yang boleh fikir

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Memandangkan ruangan komen ditutup, pastinya ada peminat sudah mula membuat andaian sendiri. Sekiranya betul masanya sudah sampai, semoga segalanya dipermudahkan untuk Izara. Tak sabar rasanya nak tengok Izara junior. Mesti comel seperti ibu dan ayahnya.

Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Izara sentiasa kuat dan diberi kekuatan untuk berjuang apabila sampai waktu untuk melahirkan amanah Allah itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izara Aishah by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..