” Ni housewife berpelajaran, student bijak-bijak kat sini.. ” – Netizen

Isteri Tomok, Ayu Abas Kongsi Gambar-Gambar Semasa Zaman Persekolahannya Yang Mencur1 Perhatian Ramai. Wah, Bud4k Bijak Rupanya Dibu Dadija Ni. Wajah Ayu Masa Remaja Sebijik Wajah Dadija !!

Meninjau ke akaun Instagram Ayu Abas iaitu isteri kepada Tomok, p0sting terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Ayu telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan beberapa gambarnya ketika di zaman persekolahan.

Ayu merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa dan merupakan pelajar SPM pada tahun 1996. Ayu memuatnaik gambar tersebut kerana dia amat merindui zaman persekolahannya di mana ia merupakan kali pertama dia tinggal di hostel.

Tidak lupa juga Ayu menyatakan jangan memandang rendah kepada surirumah yang mempunyai pelajaran. Wah, tak sangka rupanya Ayu merupakan pelajar yang bijak. Bukan mudah untuk memasuki MRSM yang juga merupakan antara sekolah berasrama penuh.

Selain itu, ramai menyatakan wajah Ayu nampak seiras dengan wajah anak perempuannya iaitu Siti Khadijah. Namun ada juga menyatakan wajah Ayu seiras Arrian juga. Apapun, pastilah ada campuran sedikit sebanyak wajah ibu dan ayah kan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang tidak menyangka bahawa Ayu merupakan seorang bekas pelajar MRSM. Antara komen-komen yang diberikan :

” Dadija dah basar.. haha.. kagum dgn kak ayu handle ank2.. share tips kak.. apa rutin harian kak ayu dgn ank2.. “

” Ni housewife berpelajaran.. housewife idola.. Kalau aryan pakai tudung mesti sama muka dgn dibu yg pakai tudung hitam tu.. “

” Woww Mrsm bitara. Student bijak2 dekat sini.. Muka Khadijah copypaste muka Dibu.. Same place diff year Tapi baju sepesen.. “

” Housewife berjaya ni.. Ex software engineer kot.. No wonder lah aryan genius bijak pintar.. Gen omak eee.. arrian sgt muka dibu.. “

” Comelnya dibu ayu_abas masa muda dlu .. iras wajahny ttp sma smpai skrg lawa.. Housewife yg berpendidikan. patutlah pandai mengajar anak2. Tahniah.. “

” Kak Ayu Gambar wajib.. Dkt DM.. Dkt Tangga Siapa tk de gbr dkt DM.. Dkt Tangga.. bukan bud4k PC hahaha.. “

” Wow mrsm student bijak2 sini . Patut la nampak ayu ada personality yang sangat menarik wpun housewife.. “

Patutlah anak-anak Ayu dan Tomok bijak-bijak belaka, rupanya mewarisi kebijakan ibu mereka yer. Pastinya banyak memori indah Ayu di zaman persekolahan yang tidak dapat dilupakan. Semoga Ayu Abas sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayu Abas

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..