” Ni dah kenapa boss sejak ada anak, jangan macam-macam boss.. ” – Netizen
Penampilan Pereka Fesyen, Rizman Nordin Setelah Dikurniakan Princess Rizqaa Raih Perhatian. Eh Apa Dah Jadi Tu Rizman, Siapa Yang Berpant4ng Ni Sebenarnya. Berubah Terus !!
Bagi peminat dunia fesyen, nama pereka terkenal Rizman Ruzaini bukanlah satu nama asing. Ianya adalah gabungan dua orang sahabat iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil. Rizman yang menikahi seorang ahli perniagaan cantik bernama Nurida Suraya pada bulan September tahun lalu.
Pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya secocok bersama. Rizman dengan wajah kacak dan gaya machonya manakala Nurida memiliki wajah jelita seperti orang arab. Awal bulan Mac yang lepas, Rizman mengumumkan di Instagramnya tentang berita kehamilan isterinya ini.
Setelah 9 bulan penantian, Nurida akhirnya selamat melahirkan seorang bayi perempuan 2 September baru-baru ini. Rizman dan Nurida sepakat menamakan anak mereka ini sebagai Rizqaa. Wajah Rizqaa ini menjadi tumpuan ramai kerana raut wajahnya yang comel terutamanya bahagian keningnya yang cantik bentuknya.
Menerusi akaun Instagram, Rizman Nordin telah berkongsikan sekeping gambar dirinya dengan hashtag yang menulis when you have a baby. Apa yang melucukan adalah penampilan rambutnya yang agak berserabai gara-gara menjaga anaknya Rizqaa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Penampilan Rizman dengan rambut yang kusut masai itu mencuit hati peminat. Antara komen-komen mereka :
” Hahahah daddyyy awat lagu tu. Ni sape yg pant4ng ni.. “
” Welcome to sleepless club ! Nak tengok mami dia camne lak.. “
” The joy of being a dad, But fun kan babe.. When u have a baby, u re not a boss anymore.. “
” Ni dah kenapa boss sejak ada anak jgn mcm2 boss.. “
” Sah jdi mcm Ni sbb tido tk lena, mkn tk kenyang, Mandi tk bsah sbb jaga baby kn… huhu.. “
” Hahaha kusut dah. Adoii lawak btol daddy baru ni.. “
” Hahaha your hairstyles so curls, berubah terussss.. “
Bila rutian harian dan waktu tidur pun berubah demi untuk puteri tersayang, begini lah jadinya pada ayah-ayah. Rizman dalam rambut serabut sebeginipun masih good looking bagi peminat. Apa pun, selamat mengharungi fasa berjaga malam dan menjaga baby Rizqaa. Semoga Rizqaa membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizman Nordin
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..