” Ni baru semp0i, puas hati otai yang hadir.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Memperkenalkan Rakan Baru Untuk Sepahtu Reunion Live 2022. Wah Ini Memang Legend Orangnya, Mesti Riuh Sekampung Nanti !!

Rancangan Sepahtu Reunion Live sememangnya disukai ramai. Sebelum ini yang terlibat adalah Jep, Rahim, Shuib dan juga Pak Ya. Namun, tahun lalu Shuib telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada penglibatannya dalam dunia seni atas sebab memberikan tumpuan terhadap anak-anak dan perniagaannya.

Bahkan turut diadakan satu program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ (MSYH2021) untuk pencarian bakat komedi baharu. Ahli kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim serta Pak Ya menggalas tanggungjawab sebagai juri. Seperti yang diumumkan sebelum ini, program MSYH2021 ini bukan sahaja mencari juara tetapi mencari individu bagi mengisi kekosongan tempat Shuib dalam program Sepahtu Reunion 2022 nanti.

Namun, terbaru menerusi akaun Instagram Jep, telah berkongsi satu video yang memaparkan Jep memperkenalkan ahli baru yang menyertai Sepahtu Reunion 2022 iaitu Ebby Yus. Turut ada bersama meraikan hal tersebut adalah Rahim dan Pak Ya.

Perkongsian video oleh Jep itu telah menarik perhatian para peminat. Ramai yang menyukai pemilihan kumpulan ini dan berharap Ebby Yus menjadi ahli tetap kumpulan tersebut. Sehingga kini, video itu telah mendapat lebih 50 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, selain meluahkan rasa suka, rata-ratanya juga telah mengucapkan tahniah kepada Ebby Yus. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ni baru semp0i, puas hati otai yang hadir lepas ni panggil nama Ebby Sepahtu la sbb dah join jadi ahli baru, tahniah.. “

” Ok puas hati Ebby Yus ada paling ssuai, ni yang tak sabar nk tengok. Congras Ebby, pasni harap Ebby ahli kumpulan tetap Sepahtu.. “

” Woww tahniah, bagi Ebby Yus sifu ambk jd permanent sepahtu pon onz, hehe, saya suka, saya suka.. “

” Terbaik Ebby Yus ni dulu borong jam abah saya jual kat pasar malam chowkit. Humble orgnya, siap ajak kawan dia beli dgn abah.. “

” Betul cakap sorang audience haritu, Sepahtu dah masuk level world class, tahniah dah dapat kawan baru.. “

” Terbaik Sepahtu 2022. Kita suka kombinasi ni sangat sesuai. Chemistry masing masing lengkap, tahniah Ebby Yus.. “

” Seronok tgk abg Ebby Yus dah berisi balik, makin berseri, semoga semuanya diberi kan kesihatan yg baik, aamiin.. moga sepahtu semakin lucu dan kelako.. “

Wahh ramai yang setuju dan suka pemilihan Ebby Yus oleh kumpulan Sepahtu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Ebby Yus. Semoga dengan kehadiran Ebby Yus akan menyemarakkan lagi suasana komedi Sepahtu Reunion 2022.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu, Ebbyyusoriginal

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..