” Neyney tak makan tapi dia dah siap baca doa tu.. ” – Netizen
Video Nora Danish Cuba Menguji Anak Mendengar Arahan. Gelagat Neyney Ketika Menanti Ibunya Untuk Makan Coklat Terima Pujian Orang Ramai. Wah, Baguslah Neyney Tapi Part Ambil Bau Coklat Tu Kelakar Lah !!
Meninjau ke akaun Instagram Nora Danish, satu video telah dikongsikan oleh Nora telah menerima pujian ramai orang. Nora telah berkongsi video di mana Nora menguji anaknya, Mohamed Neqarl Nedim atau Neyney dalam mendengar arahan.
Nora telah memberi Neyney sepiring coklat yang merupakan coklat kegemaran Neyney. Kemudian Nora menyatakan bahawa dia ingin pergi ke tandas dan Neyney perlu menunggunya datang semula untuk makan coklat tersebut.
Neyney hanya mengangguk sahaja apabila mendengar arahan ibunya. Tanpa disedari oleh Neyney, gelagat Neyney telah dirakam oleh Nora. Sementara menunggu ibunya, Neyney membaca doa makan kemudian menyentuh serta mengambil bau coklat tersebut.
Wah nampaknya Neyney sangat mendengar arahan. Neyney tidak makan coklat tersebut. Apabila Nora kembali kepada Neyney, barulah Neyney memakan coklat tersebut dengan rasa gembira. Alahai memang good boy sangat.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji sikap Neyney yang mendengar kata dan dalam masa yang sama turut terhibur. Antara komen-komen yang diberikan :
” HAHAHA ‘Pegang sikit pon jadi la’ dia takleh ada cartoon kena letak dlm bilik antara dia dgn coklat ajee tgok sabar dia tahap mana.. “
” Alolo.. comey je dia menahan nk makan coklat tu smpai mummy dia smpai…. Do it agaaaaiiinnn… Minus the TV.. “
” Dont tempt him lah.. He is a very good n smart boy since young. Love him so much, baca doa dulu, pandai.. “
” Sgt mudah cabaran nie, sbb ada gangguan tv … so di leka dgn tv… letak dlm blk, blk tu tk ada mainan juga. Hanya ney2 dan coklat shj… tgk berjaya tak dia menahan godaan coklat tu… hehe.. “
” Alololo good Boy Mummy & Daddy laaaa.. tak tahan tgk dia smell the choc mommy kej4m.. Good boy la neyney.. “
” Kemain ekspresi tgk tv.. Ney² Tk makan tapi dia dah siap² baca doa tu.. Hahaha good boy.. but got another distraction, next time switch off television.. “
” Ambik bau tuuuu haha.. Kuat sungguh iman Neyney menahan dugaan.. Alhamdulilah.. aku yg ger4m tgok cekelat tu.. haha.. “
Ramai yang meminta Nora membuat ujian seterusnya tanpa televisyen atau pun mainan pada Neyney. Ini kerana mereka menyatakan mungkin Neyney terleka dengan cerita yang ditonton di televisyen. Wah, agak-agak ada lagi tak ujian seterusnya ? Apa pun, Neyney memang budak baik. Good job..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..