” Nenek macam nak tolong tiup lilin juga. So comel .. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Chef Wan, Chef Riz Yang Ke 38 Tahun. Wah, Nampak Muda Macam 28 Tahun Je !!

Baru-baru ini, Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah menyambut hari lahir anak sulungnya, Mohd. Nadzri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz. Nadzri mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang chef.

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan hanya bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Namun begitu tetap meriah dengan kehadiran anak tersayang, Putri Arianna Natasya. Tahun ini genaplah usia Nadzri 38 tahun. Walaupun begitu, rupa paras Nadzri tetap maintain dari usia sebenar.

Putri Arianna Natasya merupakan satu-satunya anak Nadzri melalui perkahwinannya bersama Shikin Maembong yang merupakan kakak kepada Emma Maembong. Namun jodoh mereka tidak panjang dan telah berp1sah. Walaupun begitu mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak tersayang.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan telah memuatnaik video sambutan hari lahir anaknya itu. Video yang berdurasi beberapa saat itu telah mendapat puluhan ribu tontonan dan ribuan likes. Arianna juga comel di samping bapanya, Nadzri.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada chef Nadzri. Antara komen -komen mereka :

” Selamat hari lahir chef Nazri. Moga sentiasa terbaik. Kami sekeluarga baru balik dari De. Wan. Tahniah Dato, makanan2 sedap giler! Mi rebus, laksa, satay, popia, rendang, nasi lemak semua sedap. Teringat2 pulut kuning tu, lembutnya.. “

” Nenek mcm nk tolong tiup lilin juga. Hehehe. So chomel .. “

” Happy birthday chef riz. Moga terus berjaya & dpt jaga papa dihari tua nanti.. “

” Age 38 but look 28..hihii.. “

” Nice cake and happy birrhday to your son and stay healthy to your mum Dato.. “

” Hepy birthday chef ridz. Cik ani tak tiup lilin ke kali ni hehhe.. “

” Cik ani mengintai peluang utk tiup lilin.. Hehehehe.. “

” Happy birthday chef riz semoga dimurahkn rezeki dn di panjangkn umur.. àamiin.. “

Alahai, nampak comel je Cik Ani di sebelah cucunya itu. Kami di Oh Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Chef Nadzri. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..