” Nak juga menyelit celah-celah tempat sempit abang tu duduk.. ” – Netizen
Azrinaz Mazhar Kongsi Video Gelagat Anaknya, Areesya Malaykha Melihat Anak-Anak Tahfiz Sedang Mengaji Di Rumahnya. Cara Malaykha Nak Berkawan Tu Memang Comel !!
Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat Azrinaz Mazhar kerana baru sahaja menimang cahaya mata keempatnya iaitu seorang bayi perempuan pada 26 Mac lalu. Semoga Azrinaz serta bayinya sentiasa dalam keadaan sihat selalu.
Meninjau di akaun Instagram, Azrinaz telah berkongsi satu video yang memaparkan akan gelagat anaknya, Areesya Malaykha yang berusia satu tahun lebih melihat anak-anak tahfiz beramai-ramai sedang mengaji di rumahnya.
Gelagat si kecil itu yang seakan seperti mahu beramah mesra dengan anak-anak tahfiz pasti mencu1t hati bagi sesiapa yang menonton perkongsian video tersebut. Meskipun dilihat seakan sedikit m4lu, Malaykha cuba untuk mendekati anak-anak tahfiz tersebut.
Malah pada posting yang dikongsikan oleh Azrinaz, Azrinaz juga menulis bahawa anaknya itu mudah beramah mesra dengan semua orang dan Azrinaz turut berharap agar Malaykha akan menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang hafizah.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Perkongsian video itu telah membuat ramai yang terhibur melihat gelagat Malaykha dan mereka juga turut tidak ket1nggalan mendoakan semoga apa yang diimpikan Azrinaz akan dimakbulkan. Antara komen-komen warga netizen adalah :
” Paling kelakar tengok bila Malaykha nak jugak menyelit celah-celah tempat semp1t abang-abang tu duduk, hehhee.. “
” Aalalala comel, ya Allah, moga suatu hari nanti jumpa abg n her sister, Aamiin. Sekarang ni jadi big sister kat rumah.. “
” Alhamdulillah, biarlah Malaykha mendengar bcaan Al Quran dan semoga menjadi anak yg solehah, hafazan / Hafizah Al Quran. Aamiin.. “
” Cute tengok gaya Malaykha nak berkawan dengan abang-abang Tahfiz tu. Aaminn, semuga Malaykha juga jadi spt abg-abg itu, jadi seorg Hafizah.. “
” Semoga Allah mempermudahkan usaha mummy dan daddy Malaykha untuk mendidiknya menjadi hafizah, mahir Al Quran.. “
” Ramah macam mak dia ni, hehe comel pun comel. Semoga Malaykha menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy, amin.. “
” InSyaaAllah Aamiin Yaa Rabb . Bak kata pepatah melentur buluh, biar dari rebungnya. Cayang Areesha Malaykha, Alhamdulillah nampak mesra dgn semua org, terbaik sayang.. “
Comel cara Malaykha nak berkawan tu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Malaykha membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy. Semoga impian Azrinaz untuk melihat Malaykha menjadi seorang Hafizah akan dimakbulkan Allah, amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..