” My taurus boy.. ” – Tasha Shilla

Gambar-Gambar Terbaru Anak Sulung Tasha Shilla, Raees Zander Yang Kini Berusia 1 Tahun Lebih. Alahai Handsomenya Raees, Muka Tu C0py Paste Mummy Sangat Lah !!

Meninjau ke akaun Instagram Tasha Shilla, Tasha telah memuatnaik beberapa keping gambar anak sulungnya, Raees Zander. Dengan kapsyen ‘ My taurus boy’ , ia merujuk kepada zodiac kelahiran Raees yang kini sudah berusia lebih 1 tahun.

Tasha berkongsi beberapa gambar Raees yang memakai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang. Gaya pemakaian Raees ini menampakan Raees seperti kanak-kanak yang sudah berusia 4 atau 5 tahun sahaja. Wah, nampak macam dah besar sangat.

Tidak seperti selebriti lain, Tasha tidak mewujudkan akaun Instagram khas buat Raees. Sebaliknya, Tasha memilih untuk berkongsi apa-apa mengenai anaknya di akaun Instagram miliknya sahaja. Sesekali dikongsikan, nampak Raees sudah besar dan bersesuaian dengan gelaran abangnya.

Sekadar info, Tasha mempunyai seorang lagi anak yang merupakan bayi perempuan diberi nama Nyla Kaadira. Nyla dilahirkan pada bulan lepas kini baru berusia 1 bulan. Nyla juga tidak mempunyai akaun Instagram sendiri.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Setiap ibubapa pastinya ingin yang terbaik buat anak-anak mereka. Walaupun kedua-dua anak Tasha tidak diwujudkan akaun media sosial sendiri, namun Raees dan Nyla tetap mempunyai peminat. Kedua-duanya sangat comel.

Semakin Raees membesar, dapat dilihat wajahnya makin serias dengan Tasha. Bak kata orang, sejuk rumahtangga apabila anak lelaki mengikuti wajah si ibu. Semoga Raees Zander membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tasha Shilla

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..