” Muka Zaara macam pelakon Camila Mendes la. Cantik.. ” – Netizen

Datin Vie Shantie Kongsi Gambar Sempena Ulangtahun Kelahiran Vie Zarra, Namun Wajah Terkini Zaara Yang Semakin Cantik Jadi Tumpuan. Sebijik Sama !!

Datin Vie Shantie Khan salah seorang yang ada nama dan terkenal di Malaysia. Semua kisah perihal hidupnya sentiasa diikuti rapat peminat baik perniagaannya mahupun cerita tentang anak-anaknya yang comel dan kacak. Merupakan bekas isteri kepada pelakon Dato’ Eizlan Yusuf, beliau dikurniakan 3 orang cahayamata menerusi ikatan ini.

Vie Zaara Khan, Zareef  Yusof dan Vie Zallia indah nama diberi. Melihat wajah puteri pertamanya Zaara tak ubah seperti  memandang Datin. Zareef pula makin kacak dan kelihatan seperti Dato’ Eizlan. Comel-comel semua anak Datin Vie. Zaalia pula cukup chubby dan manja orangnya.

April adalah bulan kelahiran Zaara dan oleh kerana arahan PKP, Datin Vie tetap menyiapkan majlis sambutan ulangtahun Zaara di rumah. Simple namun cukup membahagiakan anak-anaknya dengan kek dan dekorasi yang dibuat.

Menerusi akaun Instagram, Datin Vie Shanti telah berkongsikan sekeping gambar majlis sambutan ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun puteri sulungnya, Vie Zaara Khan. Zara yang semakin terserlah wajah cantiknya nampak sangat manis. Dah nak jadi anak dara Zaara ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen gembira melihat keluarga kecil ini. Antara komen-komen netizen :

” Happy birthday Zara yang cantik semuga seribu rahmat ke atasmu duhai anak solehah.. “

” Happy birthday Kakak Vie Zaara yang cantik.. “

” Barakallah Fii Umrik Anak Cantik dan Sholehah.. “

” Happy birthday beautiful. May Allah bless you always. hugs hugs.. “

” Happy birthday! Your daughter’s face is almost the same with the actress from riverdale! Camila Mendes.. “

” Muka Zaara macam pelakon Camila Mendes la. Cantik !.. “

Makin dewasa makin cantik Zaara ni. Betul juga kata peminat ada rupa pelakon Hollywood itu. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 12 Vie Zaara. Semoga segala impian dan angan Zaara jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah. Semoga berjaya di dunia dan akhirat

Silakan SHARE..

Sumber : IG Vie Shantie Khan by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..