” Muka wife you macam Zara Zya.. “

Hisyam Hamid Kongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Isteri Namun Wajah Isterinya Jadi Tumpuan. Wah, Memang Ada Iras Lah !!

Pelakon dan model kelahiran Singapura iaitu Hisyam Hamid mula popular di Malaysia selepas membintangi beberapa buah drama. Antara drama lakonannya ialah Memori Cinta Suraya, Sayap Jibrail, Ariana Rose dan Gerak Khas.

Sebelum beliau terjun ke bidang seni, Hisyam terlebih dahulu memulakan kerjayanya sebagai ahli bomba di Singapura. Beliau berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonannya, di mana beliau membintangi drama bersiri Cut Amirah dan hanya memegang watak tambahan sahaja.

Bermula dari watak kecil namun kini Hisyam banyak memegang watak-watak utama dalam drama dan telefilem sehingga membuatkan beliau antara pelakon yang diminati ramai. Hisyam mampu membawa apa sahaja watak yang diberikan padanya.

Menerusi akaun Instagram, Hisyam berkongsi gambarnya menyambut hari lahir isterinya, Rosmawati Hanafi yang jatuh pada 29 Februari. Nampaknya tarikh tersebut sangat istimewa kerana hanya disambut empat tahun sekali sahaja. Sambutan hari lahir tersebut hanya bersama anak-anak.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa wajah isteri Hisyam seiras dengan pelakon Zara Zya. Antara komen-komen mereka :

” Wife muka mcm zara zya.. “

” Alhamdulillah, gorgeous family. Cake dan deconya pun nampak g0rgeous juga.. “

” Mke wife u mcm zarazya.. “

” Skali pandang ingat Zarazya .. “

” Sy pn tgk mcm tu.. ada iras2 Zara Zya.. hehe.. “

Memang sekali pandang wajah isteri Hisyam ada seiras seperti Zara Zya. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Hisyam. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Hisyam dan keluarga sentiasa berbahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hisyam Hamid by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..