” Muda forever yak yak yeayyy.. ” – Netizen
Ucap Selamat Ulangtahun Kepada Diri Sendiri, Gambar Bell Ngasri Ketika Kecil Jadi Perhatian. Serius Lah Bell, Macam Tak Ada Apa Yang Berubah Pun. Mantain Sungguh !!
Pelawak Bell Ngasri nama yang cukup tersohor dan bertahan lama dalam industri hiburan. Bell yang sudah mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak zaman kanak-kanak lagi masih lagi diminati sehingga kini. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Bell adalah anak kedua dan merupakan abang kepada pelakon Darling Ngasri dan Anne Ngasri. Sememangnya penglibatan mereka adik beradik di era 90an dahulu dikenali ramai dan mereka antara pelakon kanak-kanak popular pada masa itu.
Bell yang bertubuh kecil membuatkan dirinya sentiasa nampak muda. Apatah lagi raut wajah Bell itu sendiri tidak mengambarkan usianya yang sebenar. Sikap Bell yang ceria dan suka membuat jenaka spontan menghiburkan ramai.
Menerusi akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan wajahnya ketika kecil bersama ucapan hari lahir buat dirinya sendiri. Wajah zaman kanak-kanak Bell itu nampak sama sahaja rupanya dengan sekarang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Memang tidak nampak sebarang perubahan pada wajah Bell ini. Peminat turut sama menitipkan ucapan selamat ulangtahun dan ramai yang memuji wajah Bell yang awet muda ini. Antara komen-komen mereka :
” Hepi bifday fren bell ngasri aku doa ko murah rezeki . ko kaya leh blanja aku.. ” – Azza Elite
” Happy birthday bang. panjang umur dilimpahkan rezeki.. “
” Tgk gambar teringat lagu.. kecil bagai johan,balik mengaji quran, cur1 buah mempelam… arrr ape lagi ye.. “
” Welcome to 4 series bro. Life begins at 40.. “
” Kiki omey dia masa kecik. Epi besday bell. May Allah bless u. Bhgia dunia akhirat.. “
” Ada meningkat ke umur ? Rasa tak berubah pun, haha. Selamat hari lahir.. “
” Muda forever yak yak yeayyy. you mmg sntiasa nampak remaja kan.. “
” Selamat hari jadi Bell.. Tringat zaman kau kecik2 jual nasi lemak dulu.. “
” Muka nakal kauuu dari kecik terserlahhh ahahahah.. “
” Dari dulu maintain cam budak-budak. Terbaik bro awet muda remaja.. “
Comel sungguh Bell masa kecik dan sememangnya muka itu tetap sama sampai sekarang. Tak dimamah usia mantain muka keanak-anakkan Bell tu. Apa pun, selamat hari lahir Bell. Semoga segala impian Bell dimakbulkan Allah dan terus berjaya dunia dan akhirat. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..