” More to muka daddy, anak mata hitam besar macam pakai eyeliner.. ” – Netizen

Video Terkini Anak Bella Astillah, Ara Adreanna Yang Semakin Bambam. Wah Ara Makin Besar Makin Comel, Iras Wajah Daddy Sangat Ni. Mata Hitam Tu Cun Betul !! 

Anak kedua pelakon dan penyanyi Bella Astillah, Ara Adreanna sering mendapat perhatian peminat sejak daripada hari pertama kelahirannya lagi. Si kecil ini yang dilahirkan 18 Julai yang lalu. Menghampiri usia 3 bulan, wajah Ara sedikit demi sedikit mula berubah.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Ara Adreanna, telah dikongsikan satu video terkini Ara. Ara yang jelas kelihatan wajahnya semakin tembam sehingga nampak dagunya berlapis dua. Sesuai dengan bayi perempuan, pemilihan baju merah jambu sering digayakan pada Ara.

Kali ini, kapsyennya bertanyakan kepada peminat apakah wajah Ara ini menyerupai wajah Bella ataupun ayahnya, Aliff Aziz. Ara yang memiliki sepasang mata yang cantik ini nampak menyerlah dengan anak mata hitamnya yang besar. Di usia ini Ara sudahpun pandai bermain dan memandang ke arah kamera apabila gelagatnya dirakam.

Sehingga ke hari ini, Aliff masih belum lagi bertemu dengan puterinya ini dan hanya berhubung menerusi video call sahaja. Sekilas pandang wajah Ara nampak sama seperti Ayden ketika bayi. Namun lain orang lain pandangan matanya, ada yang melihat Ara seperti Bella dan ramai juga yang mengatakan Ara iras dengan Aliff.

Jom tengok video di bawah :

View this post on Instagram

Ara muka mommy ka daddy??

A post shared by Ara Adreanna (@araadreanna) on

Wajah Ara ini semakin cute dan jauh berbeza daripada hari pertama Ara lahir. Rata-rata peminat memuji kecomelannya. Antara komen-komen peminat :

” Muka Ayden comell sangat. Tapi lebih pada muka daddy dah hehe.. “

” Mcm ikut mummy dia tapi mata kening ikut daddy.. “

” More to muka daddy. Abang baru muka mommy ehehe.. Mata kening ikut dady. muka cute ikut mumy.. “

” Skrg dah nampak Ara muka Daddy dan baru nampak betul Ayden muka Mommy.. “

” Comelnya Ara muka Ayden sangat, sumandak Sabah.. “

” Eee ger4mnyer comel sgt. Muka daddy dia sebijik.. Matanya bah..  punya cumilll.. “

” Mix mommy daddy, so cuteee. mata dia tu menganc4m.. Comelnya muka mmy daddy dia. matA dia comel, aishh ger4m.. “

” Ara muka campur tp lebih ke daddy ,comel mcm mommy.. “

” Bercampur tapi banyak ikut daddy. Anak mata hitam besar , ger4m betul la.. “

Comel sungguh Sumandak Sabah ini, besar nanti pasti secantik mommy. Gabungan wajah Bella dan Aliff yang cukup sempurna. Apa pun, semoga Ara membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua orang tua kelak. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ara Adreanna, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..