” Mommy’s face la Axel, hi boss hehe. His voice is so cute.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Jehan Miskin, Axel Nova Rhee Cur1 Perhatian Warganet. Alah Comel Betul Oppa Kecil Ni, Suara Tu Cute Sangat !!

Aktor Jehan Miskin umumnya diketahui ramai sudah bergelar suami kepada seorang wanita berasal dari Korea bernama Julie Camelia Rhee. Pasangan ini telahpun dikurniakan seorang anak lelaki pada bulan Februari tahun lalu.

Axel Nova Rhee, itu nama yang diberikan oleh Jehan dan Julie untuk anak mereka ini. Berbaki 2 bulan sahaja lagi Axel bakal berusia 2 tahun. Axel banyak mewarisi wajah ibunya dan mata sepetnya itu lagi membuatkan Axel kelihatan seperti bayi Korea.

Meninjau entry terbaru Jehan di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video terbaru Axel. Melihat kepada persekitaran, sepertinya Axel sedang menjamu selera di sebuah restoran. Dalam video ini, Axel diajar oleh Jehan menyebut perkataan ‘ boss ‘.

Perkataan ‘ boss ‘ ini memang sinonim ketika berada di mana-mana restoran ataupun kedai makan. Kata Jehan itu essential skill di Malaysia, memanggil sambil sebelah tangan diangkatkan ke atas. Cute sahaja Axel membuat sebegitu dengan suara comelnya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Jehan ini telahpun meraih hampir 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen mereka :

” His voice is so cute, merry xmas Axel. Baby Axel nova is so cuteee. Mommy face la Axel, hi boss hehe.. “

Semakin besar semakin terserlah muka Korea Axel ini. Tentu apabila Axel besar nanti setampan daddynya. Ramailah peminat yang terkejar-kejarkan Axel, Oppa kecil Jehan dan Julie yang sangat manis senyumannya.

Bayi kacukan Melayu Korea yang ada kecomelannya tersendiri. Sudah pandai sebut ‘ boss ‘ selepas ini boleh order sendirilah makanan lah ye Axel, hehe. Apa-apa pun, semoga Axel sihat-sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jehan Miskin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..