” Mommy comel dan coolnya dengan baby bump naik basikal.. ” – Netizen

Video Lara Alana ‘Berlumba’ Basikal Dengan Scha Alyahya Dan Awal Ashaari Buat Peminat Terhibur. Wah, Mommy Pun Layankan Ajer Naik Basikal Mini !!

Jika anda mengikuti akaun Instagram anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana pastinya anda akan terhibur bila melihat gelagat Lara. Boleh dikatakan akaun Instagram Lara sering dikemaskini pada setiap hari.

Antara entri terbaru yang dikongsikan ialah video Lara bersama Awal dan Scha sedang berlumba basikal. Ketiga-tiga mereka menungg4ng basikal masing-masing dan Lara dilihat begitu teruj4 untuk ‘berlumba’ sehinggakan Lara berjaya mengatasi ibu dan bapanya.

Selain itu, pakaian Awal yang lengkap dengan suit hitam juga telah mencur1 perhatian ramai. Nampaknya Awal terus melayan anaknya sejurus pulang dari kerja. Manakala Scha pula yang sedang berbadan dua juga mampu mengayuh basikal mini.

Untuk pengetahuan, Lara antara anak selebriti yang popular di media sosial. Lihat sahaja jumlah pengikut di akaun Instagramnya yang begitu ramai iaitu sejumlah 4.1 juta orang. Wah, baru berusia 6 tahun sudah mempunyai jutaan peminat.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Lara yang ingin menang menandingi ibubapanya membuatkan ramai peminat terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Hahaha comeyyy sgttt semua . Mommy paling comeiii . tak kayuh da paddle tu, pakai kaki terus punya nak menang.. “

” Padahal mommy n daddy dah kaut1m nak bagi lara menang . Awal balik Melodi terus racing… Hehe. tak tahan la daddy nya pun set kemeja lengkap.. “

” Hahahhahah mommy naik basikal siapa tu. Daddy bru balik melodi ke tu. Hahaha ..lajunya kaki.. laraa the winner.. Lara naik basikal lajak ke tu?.. “

” Hahahaha laju meningg4lkan mommy daddy di belakang. kagum ngan daddy. Full suit. Yg mommynya punnnn. semp0i family.. “

” U have the cutest parents love. Comel mommy schaalyahya kayuh dgn baby bump. Daddy baru lps balik dari melodi tadi keee.. “

” Ad0hhh.. Mummy boleh ke tu. Mommy tu selamber, comel sgt. Hahaha lajuuu Lara. Daddy pun kalah. Mommy comel.. “

” Daddy dh mcm cite Korea pakai blazer naik basikal.. Hehe. hahaha mommy comel n cool nyaaaa dgn baby bump naik basikal lara always cuteeee.. “

Wah, mesti Lara berasa sangat seronok kerana berjaya mengal4hkan mommy dan daddy kan. Biasalah bila melayan anak-anak mestilah kita beri peluang untuk mereka menang bukan. Semoga Lara Alana menjadi anak yang baik dan taat kepada ibubapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana, Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..