” Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.. ” – Nelydia Senrose

Coretan Nelydia Senrose Buat Suaminya, Mohd. Hafez Halimi Ketika Berada Di Tanah Suci Buat Peminat Tersentuh. Alahai Begitu Tulus Kata-Kata Nelydia Buat Suami Tersayang !!

Baru-baru ini, pelakon cantik Nelydia Senrose telah berkongsi luahan rasa syukur apabila dapat berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Berkongsi berita baik di akaun Instagram, Nelydia turut memaklumkan bahawa menunaikan ibadah tersebut dengan ditemani suaminya Mohd. Hafez Halimi.

Dalam posting yang sama, Nelydia juga dengan rendah diri memohon kemaafan kepada semua yang mengenali dirinya serta memohon doa orang ramai agar perjalanan dan urusan ibadah hajinya dipermudahkan.

Terbaru, Nelydia ada memuatnaik satu coretan khas buat suami tersayang. Titipan ucapan itu, Nelydia telah menyifatkan Hafez seorang suami yang terbaik buat dirinya dan bersyukur dikurniakan suami seperti Hafez.

Dalam masa yang sama, Nelydia juga menzahirkan rasa syukur atas nikmat dapat menunaikan haji pada tahun ini. Sehingga kini perkongsian oleh Nelydia itu telah mendapat ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar Nelydia dan suami akan terus kekal bahagia bersama. Antara komen-komen menarik adalah :

” So sweet, indah nya kata2. Rezeki Nel dpt suami yg mampu membimbing ke jln kebaikan. Semoga terus istiqamah. Semoga cepat2 dikurniakan cahaya mata yg cantik lagi soleh /solehah. Aamiinn.. “

” Semoga Allah kurniakan rahmatNya, rezeki kesihtn yg baik, peningkatan iman, istiqomah dlm menutup aurat & kebhgiaan di dunia buat anda berdua hingga Jannatul Firdaus, Aamiin ya robbalamin.. “

” Alhamdulillah, happy for you. Semoga Hjh Nelly & suami berkekalan hingga syurga firdaus, amin.. “

” Alahai jemaah haji paling lawa. Sweet betul kata2 Nely buat suami. Semoga terus kekal bahagia hingga ke akhir hay4t.. “

” Rasa gembira & bangga dengan Nely. Saya sentiasa mendoakan agar terus beristiqomah dan teruskan aktif dalam kerjaya seni lakonan dengan karya-karya baharu pada masa hadapan.. “

” Amin, semoga Nely terus istiqamah. Cantik betul Nely bila bertudung labuh, sejuk tengok tau.. “

” Jarang2 nak tengok Nely sweet macam ni, hehe. Alhamdulillah tumpang bahagia tengok Nely bahagia bersama suami.. “

Wah penuh bermakna kata-kata Nelydia buat suami tersayang. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga ikatan perkahwinan Nely dan Hafez akan terus kekal bahagia hingga ke syurga, insyaAllah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG nelydiasenrose

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..