” Mira Filzah kahwin Oktober ini ? “

Berita Hang4t Pelakon Mira Filzah Bakal Mengakhiri Zaman Bujangnya Bersama Wan Emir Astar Raih Perhatian Netizen. Wah Macam Sahih Je Gos1p Sebelum Ni. Jika Benar, Tahniah Mira !!

Heroin drama popular 2019, Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams ini menjadi keg1laan ramai kerana wajah dan bakat lakonannya. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman dilahirkan pada 2 April 1993. Namanya mula dikenali menerusi drama Cinta Si Wedding Planner.

Memiliki bakat dan pandai membawa apa jua watak dan karektor yang diberikan, nama Mira Filzah semakin menyinari industri. Tahun 2019 menyaksikan kegemilangan Mira Filzah apabila 3 drama lakonannya menjadi trending dan mendapat jumlah tontonan hingga mencapai angka 1juta tontonan.

Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan menyaksikan gandingan serasi Mira bersama aktor Remy Ishak. Manakala drama Sweet Dreams lakonanya bersama aktor Ben Amir membuatkan mereka dikaitkan dengan hubungan cinta kerana kemesraan mereka berbalas pesanan di laman twitter.

Namun Mira menegaskan tiada hubungan istimewa dengan ke semua hero dramanya itu. Januari lalu, tular gambar Mira bersama seorang jejaka bernama Wan Emir Astar ketika menghadiri majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah. Wan Emir merupakan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Menurut laporan Astro Awani, Mira Filzah bakal mengakhiri zaman bujangnya itu dengan Wan Emir Astar pada Oktober nanti. Namun belum ada pengesahan dari kedua-dua pihak tentang berita yang tular ini. Pastinya menjadi majlis yang dinanti-nantikan oleh ke semua peminat Mira.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen teruja dengan berita sensasi ini. Antara komen-komen netizen :

” Memang sepadan la weh mira dengan emir ni… Dua-dua family pun bagus-bagus… Mira pun bukan beshe-beshe.. “

” Alamak. Mira filzah nak kawin… “

” Alhamdulillah jodoh.. “

” Alhamdulillah sepadan sangat.. “

” Sama cantik sama padan.. “

” Tahniah!! Mira Filzah tak lama nak makan nasi minyak moga dipermudahkan segala urusan aamiinn.. “

Gembira nampaknya para peminat Mira dengan berita ini. Tambahan lagi Mira pernah memberitahu mungkin berkahwin pada tahun ini. Sama-sama kita doakan segalanya dipermudahkan untuk Mira. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala perancangan dan impian Mira tercapai dan semoga Mira berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Awani, IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar, IG Mstaronlineofficial by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..