” Mia natural, memang cute habis.. “

Pelakon Cilik Mia Sara Nasuha Kongsi Gambar Terkini Beliau Bersama Ayahnya. Cantiknya Mia Sekarang, Ayu Sungguh !!

Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan ketika usinya setahun. Sekarang, Mia telah berusia 15 tahun dan kini beliau lebih memberikan fokus kepada pengajian beliau berbanding lakonan.

Menggunakan nama komersial, Mia Sara antara aktres yang pernah mencipta nama sebagai pelakon cilik seiring rakan-rakan seangkatannya seperti, Puteri Balqis, Rykarl Iskandar, Jay Nazif dan Muhammad Arif Abdullah. Selain berlakon, Mia juga merupakan seorang usahawan.

Selepas pulang menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2015, Mia telah mengenakan hijab sehingga kini. Beliau juga mahir bermain ukulele dengan hanya belajar melalui laman YouTube. Selain daripada itu, Mia juga meminati muzik Balada dan R&B.

Terkini, menerusi akaun Instagram, Mia telah berkongsi gambar terbaru beliau bersama ayah tercinta. Kelihatan Mia sekarang sungguh cantik dan ayu memandangkan kini beliau sudah meningkat usia remaja. Gambar Mia itu juga turut mendapat perhatian netizen.

Ikuti perkongsian Mia di bawah :

Rata-rata netizen memuji Mia yang kelihatan sangat cantik. Antara komen-komen tersebut adalah :

Oh Miasara.. U are so beautiful .. “

” Cutenya Mia dengan your dad.. “

” Wajah Mia Saling tak tumpah wajah ayahanda. Moga MIa ayah dan famili sihat selamat selalu. Aamiin.. “

” Mia natural memang cute habiss.. “

” Cantik nye kak Mia.. “

” Cantiknye Mia.. “

” Cantiknya Mia sekarang, dah besar rupanya.. “

” Kenapa cantik sangat .. “

Cantik lah Mia sekarang. Suka min tengok Mia berlakon dulu, memang pandai berlakon walaupun usianya ketika itu masik kecil. Sekarang dah 15 tahun umur Mia. Wah sekejap sahaja masa berlalu. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Mia sentiasa berjaya dalam kehidupan Mia. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber :IG Mia Sara Nasuha by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..