” Meriahnya, congrats semua. Mak pak dia excited sungguh, haha.. ” – Netizen

Video Norman Hakim, Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Yang Hadir Di Hari Sukan Sekolah Anak-Anak Raih Perhatian Ramai. Wahh Siap Norman Hakim Jadi Coach Bersenam Lagi !!

Ada sahaja video mahupun gambar-gambar mengenai keluarga Norman Hakim dan juga bek4s isterinya, Abby Abadi yang mencur1 perhatian umum di media sosial. Bahkan keakraban mereka berdua dalam membesarkan anak-anak walaupun telah berpisah juga sering mendapat pujian.

Meninjau di akaun Instagram Norman telah berkongsi satu video yang memaparkan Norman dan Memey yang hadir ke hari sukan sekolah anak-anak mereka bagi memberi sokongan. Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah Abby Abadi.

Menerusi video itu, Memey, Abby dan Norman telah menyertai acara bersenam bersama murid-murid yang lain sebelum acara sukan berlangsung. Menerusi kapsyen, Norman telah memberikan kata ucapan tahniah kepada anak-anak yang telah memenangi beberapa acara.

Bahkan kongsi Memey pula, mereka sebagai ibu bapa begitu teruja melihat acara sukan yang dijalankan di sekolah. Perkongsian video itu sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Hingga kini video Norman, Memey dan Abby tersebut telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang telah memberikan kata ucapan tahniah kepada anak-anak Norman dan terhibur melihat keterujaan Memey dan Abby dalam video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Meriahnya, congrats semua. Mak pak dia excited sungguh, haha. Mesti mak ayah murid lain pun excited kan sebab Norman datang.. “

” Wahh ank beran4k hebat, tahniah2 semua. Happy betul tengok keluarga ni sama2 bagi semangat untuk anak2.. “

” Cute tengok Abby dan Memey senaman, hahaha wah Norman jadi coach. Tahniah buat anak-anak yang dah menang.. “

” Suka tengok Memey, sopan je cara lompat. Nampak meriahnya hari sukan. Kita yang tengok pun rasa best.. “

” Betul kita jadi mak2 ni memang lebih excited, hahaha pastu balik kita yang akan penat balik, bukan ape, penat bersorak je.. “

” Ada tak mak mak kt skolah tu excited sbb ada memey dgn kak ebby, hehehe kalau saya excited sangat.. “

” Semangat betul mama dan mummy yer, hahaha. Anak2 pun happy sebab family datang bagi semangat.. “

Wah memang nampak bersemangat betul Norman, Memey dan Abby hadir ke hari sukan anak-anak. Apa-apa pun memang terbaik sikap sebegini kerana dengan cara ini juga lah dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..