” Merecikkk suara Cik Piah, boleh jadi junior Lata Mangeshkar. Hehe.. ” – Netizen
Video Feeya Iskandar Menyanyikan Lagu Hindustan ‘Dil Tol Pagal Hai’ Raih Pujian Ramai. Wah Menyanyi Rilek-Rilek Pun Sedap Suara Cik Piah, Memang Ada Bakat Menyanyi Lah !!
Lebih dikenali dengan nama Feeya Iskandar atau Cik Piah, pemilik nama Nor Shafiza binti Iskandar Azizan ini berasal dari Pasir Gudang, Johor. Feeya Iskandar merupakan seorang yang berpengalaman sebagai penyampai di beberapa buah stesen radio.
Bagi yang mendengar suara Cik Piah berudara di stesen Radio Suria, pasti tahu Cik Piah seorang yang gemar berkongsi tips dan petua berguna buat semua pendengar. Namun tahu kah anda, Cik Piah ini juga sebenarnya memiliki suara yang merdu ketika menyanyi.
Berikutan di akaun Instagram, Cik Piah ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan lagu hindustan bertajuk ‘Dil Tol Pagal Hai’. Seloroh Cik Piah pada penulisannya, Cik Piah cuba untuk menjadi artis rakaman Bollywood.
Video yang berdurasi 53 saat itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan walaupun Cik Piah hanya ‘suka-suka’ sahaja menyanyikan lagu tersebut, nyanyian Cik Piah sedap didengar. Sehingga kini, video nyanyian Cik Piah telah ditonton lebih 10 ribu tontonan sejak ia dimuanaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memuji kemerduan suara Cik Piah menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara Cik Piah bila menyanyi. Fuhhh caya lah, kalah her0in boliwud, hehe saya bagi 20 bintang kt Cik Piah.. “
” Merecikkk suara Cik Piah, boleh jadi junior Lata Mangeshkar ni. Tak t1pu tau, nyanyi relax2 pun sedap sangat.. “
” Eh comel la Cik Piah ni, awal2 dah dengar bukan hindustan, dah ke arah ketamilan. Btw, memang sedap suara Cik Piah.. “
” Cikpeah. Tak pernah mengecew4kan, saya suka dengar Cik Piah berceloteh, menyanyi pun sedap, jadi dj pun hebat.. “
” Lawak cik piah ni, hehe tapi ada bakat suara tu. Next year, cik piah boleh masuk big stage lah, nampak masa depan cerah, haha.. “
” Cik Piah, adoiiiiii tak tahan nak gelak. Sedap juga dngar blh la jadi retis bollywooddddd. Cik Piah memang win hbs lah.. “
” Amboiiii kemain lagi, hehe sedap Cik Piah nyanyi sebiji ala2 Kajol gitu huhu. Boleh lah test market kt Malaysia, hhhehe.. “
Memang sedap pun suara Cik Piah, patut lah ramai yang memberi kata pujian. Apa-apa pun, semoga Cik Piah terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Feeya Iskandar, Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..