” Merdunya Datuk menyanyi, walaupun secara spontan.. ” – Netizen

Video Datuk Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu ‘ Percayalah’ Versi Tradisional Raih Pujian Peminat. Memang Padu Sangat, Terbuai-Buai Dengar Tokti Menyanyi !!

Sebut sahaja nama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja mempunyai ramai peminat di tanah air, malah di luar negara juga ramai yang meminati suara anak jati negeri Pahang ini.

Berilah apa sahaja pun lagu, Datuk Siti mampu membawa dengan baik sekali. Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sejak usia 16 tahun, bakat Datuk Siti memang tidak disangkal lagi. Selain itu, Datuk Siti juga antara penyanyi paling berjaya di dalam sejarah Asia.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram fans Datuk Siti, telah berkongsi satu video nyanyian Datuk Siti. Dalam video tersebut, Datuk Siti telah diminta oleh oleh peminatnya untuk menyanyikan lagu bertajuk ‘ Percayalah’ versi tradisional.

Meskipun menyanyikan lagu tersebut secara spontan, kelihatan Datuk Siti telah berjaya membawa lagu tersebut dengan alunan yang sangat merdu. Sehingga kini video nyanyian Datuk Siti itu telah mendapat ratusan tanda suka sejak dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton vidoe tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Datuk Siti Nurhaliza. Antara komen-komen menarik adalah :

” Merdunya Datuk menyanyi, walaupun secara spontan. Antara penyanyi yang sangat saya minati. Cayalah Datuk.. “

” Woww sedap. Alah napa menyanyi tak habis, hehe habiskan lah Mak Iti. Kalau orang lain memang ambil masa lah nk ubah, ni Datuk Siti terus boleh jer nyanyi.. “

” Eh tak cayalah kalau sedap macam ni, heehehehe. Dah lah cantik, sedap pulak tu suara. Tak pernah mengecew4akan lagu2 Siti Nurhaliza.. “

” Terbaik lah. Semua permintaan peminat dia cuba tunaikan. Semoga terus berjaya Siti Nurhaliza dalam bidang nyanyian.. “

” Perghhhhhh bila ratu menyanyi, memang power lah. Rasa terbuai2 dengar suara Dato Siti menyanyi lagu ni.. “

” Suaranyaaa merdu sangat. Walupun tak ada muzik, dengar menyanyi macam tu pun memang woww sangat.. “

” Comel jer dengar Tokti cakap, nampak manja sangat. Dari dulu hinggalah sekarang suara maintain sedap.. “

” Bestnya suara. Lagu feberet saya ni. Tiba teringat masa Dato Siti masuk pertandingan RTM, masa tgok ptandingan tu dgn mak, mak ckp ‘lawa bdk ni’. Sy pn ckp, sora pn sdap.. “

Patutlah ramai yang memberikan kata pujian, memang merdu suara Datuk Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ‘Percayalah’ versi tradisonal. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak berharap semoga Datuk Siti Nurhaliza akan terus cemerlang dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG I.am.amar.sempoi, sitizones_malaysia, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..