” Merdu suara Mark Adam! “

Video Mark Adam Menyanyikan Lagu Kisah Cinta Kita Nyanyian Hafiz Suip Buat Ramai Terpuk4u. Pergh, Vokal Mantap Macam Hafiz !!

Fikri Mark Adam Abdullah merupakan nama islam Mark Adam di mana sebelum ini nama sebenarnya merupakan Marcus Adam Macaraig Echivarre. Beliau merupakan penyanyi, pelawak dan pelakon kelahiran Filipina yang bermastautin di Malaysia.

Mark berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini. Meskipun telah menetap di Malaysia dan berkahwin dengan wanita Malaysia, Mark tetap memegang status kerakyatan Filipina. Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan pengurus beliau sejak tahun 2003.

Mark banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan Biniku Ninja. Selain itu, Mark juga merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi akaun Instagram, video Mark Adam menyanyikan lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip telah dikongsikan. Menurut Mark, beliau akan memuatnaik video penuh lagu ini di laman You Tube Suara Akademi. Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara Mark menyanyikan lagu ini. Antara komen -komen mereka :

” Saya mmg dr dulu suka suara Mark.. “

” Mantop mcm Hafiz yg nyanyi.. “

” Bestnya suara dan lagu ni.. “

” Merdu suara Mark Adam! “

” Sedap nya suara tu … best .. “

Wah, sedap dan merdu suara Mark. Mestilah sedap kalau tidak bukanlah guru vokal. Betul tak? Kebanyakan lagu-lagu Mark pun sememang sedap. Pasti ramai tidak sabar menanti video penuh kerana dengar sedikit pun dah ca1r dibuatnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..