” Memang dari kecil dah cantik dan handsome. Cute dan comel.. ” – Netizen

Gambar Mira Filzah Dan Suaminya, Wan Emir Astar Ketika Kecil. Alahai Comelnya, Nampak Seiras !! 

Sudah 2 bulan aktres kesayangan ramai Mira Filzah dan pasangannya, Wan Emir Astar bergelar suami isteri. Mira masih lagi bergerak aktif sebagai pelakon dan pengacara. Malahan Emir sendiri tidak menghal4ng minat dan karier isterinya ini.

Mira kini kelihatan semakin berseri-seri selepas berkahwin dan gelag4tnya bersama suami dapat dilihat di saluran youtube EmirAmirah yang baru sahaja diwujudkan oleh mereka. Sudahpun menyiarkan 3 video mereka bersama, kesemua video ini mendapat jumlah tontonan yang tinggi sehingga mencecah 1 juta tontonan.

Meninjau akaun Instagram Lunagroupofficial_klselangor, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan gambar Mira dan Emir ketika zaman kanak-kanak dan terkini. 4 wajah mereka digabungkan dalam sekeping gambar untuk menampakkan perbezaannya.

Melihat wajah Mira, ketika zaman kanak-kanak dan wajah sekarang tidak banyak yang berubah malahan semakin cantik dan manis. Manakala Emir pula ketika kecil nampak sangat comel dengan songkok dan baju melayunya. Kelihatan wajah Mira dan Emir juga nampak seiras antara satu sama lain.

Jom baca perkongsian di bawah :

Baik Mira ataupun Emir kedua-duanya memiliki senyuman yang manis. Paparan gambar ini mendapat pujian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Memang dari kecil dah cantik dan handsome. Cute dan comel.. “

” Waalaikumussalam min, muka Mira Filzah dr kecik smpai bsr nmpk sama.. “

Warna warni sungguh Mira ketika kecil dengan tudung kuningnya itu lagi menyerlahkan lagi wajahnya itu. Kecil-kecil lagi Mira sudah kelihatan cantiknya, tidak hairanlah dewasa kini jadi jelita rupawan. Emir juga boleh tahan tampannya dan memang sepadan bersama.

Apa pun, semoga rumahtangga Mira dan Emir sentiasa dilindungi Allah selalu. Kami di Berita Kopak mendoakan agar ikatan ini berkekalan sehingga ke jannah dan semoga Mira dan Emir dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lunagroupofficial_klselangor, IG Mira Filzah, IG Wanemirafilzah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..