” Mekna pantau ayah main game ke tu ? Haha.. ” – Netizen

Video Anak Hael Husaini, Helena Tonton Ayahnya Main Game Menerusi CCTV Buat Ramai Terhibur. Part Mekna Panggil ‘ Yayah’ Tu Comel Sangat !!

Kehidupan penyanyi Hael Husaini makin ceria lebih-lebih lagi di samping anak angkatnya iaitu Nur Helena. Meskipun masih belum mendirikan rumah tangga, Hael dilihat bijak dan mampu menguruskan anak kecil itu dengan sendirinya sejak kecil lagi.

Sering berkongsi gambar di laman media sosial, jelas kelihatan keakraban antara Hael dan Helena, malah Helena dilihat begitu manja dengan Hael yang dipanggil dengan panggilan ‘Ayah’. Terdahulu, Hael turut berkongsi kenyataan kepada ramai menerusi media, bahawa dia telah mengambil Helena untuk dijadikan anak angkatnya.

Kesungguhan Hael untuk menjaga puteri kesayanganya itu turut mendapat pujian ramai. Manakan tidak, jarang-jarang kita melihat lelaki yang belum mendirikan rumah tangga sudah bersedia dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Menerusi perkongsian di Instagram Nur Helena, telah berkongsi satu video yang menunjukkan Helena sedang menonton ayahnya, Hael sedang bermain game menerusi kamera CCTV. Paling terhibur, Helena kerap memanggil Hael dengan menyebut  ‘Ayah.. oh ayah.. Yayah.. ‘

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comel je mekna panggil ayah ayah.. “

” Mekna pant4u ayah dia main game ke tu ?? Haha.. “

” Patutla yayah kal4h ter0k dengan abg alip rupanya Mekna kac4u yayah main game ye HAHAHA.. “

” Ayah oh yayah hahaha comel.. “

” Alahaiii comeynye dia panggil yayah tu  besar da baby girl… Alaa rindu plk… Hee.. “

” Comel laa hai anak beran4k nie.. “

” Cara bap4k kau bab4i pon nak oiii. Hahahhaa. Comel arrr sis sk0deng.. “

Comelnya Mekna panggil ayah. Bijak betul Mekna sekarang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Helena sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat ayah Hael dan sentiasa membahagiakannya selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Helena Hael

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..