” Mata tak tengok Mira, tengok atuk tu alahai comel.. ” – Netizen
Video Mira Filzah Dan Adiknya, Aina Fadhilah Bermain Sahibba Namun Gelagat Atok Mira Raih Perhatian Ramai. Alahai, Cute Jer Atok Melayan Cucu !!
Pelakon cantik manis, Mira Filzah sememangnya amat popular dan dikenali ramai. Walaupun sudah mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, populariti Mira masih kekal seperti dia masih lagi bujang.
Meninjau ke akaun Instagram, video Mira bersama adik, Aina Fadhilah dan atuknya telah dikongsikan. Mira dan Aina sedang bermain Sahibba sambil ditemani atuk mereka. Permainan ini merupakan permainan kegemaran mereka sekeluarga.
Mira turut mengajak atuknya bermain Sahibba namun permintaannya ditolak. Gelagat atuk Mira telah menarik perhatian ramai netizen kerana dilihat begitu sporting melayan cucu-cucunya walaupun mereka sudah dewasa. Alahai, comel jer kan.
Mira turut bertanya kepada pengikut akaun Instagramnya tentang permainan board games yang lain yang menjadi pilihan mereka ketika waktu lapang. Namun respon yang diterima ialah gelagat atuk Mira. Nampaknya atuk Mira telah mencur1 perhatian ramai.
Jom tonton video di bawah :
Video yang berdurasi 30 saat ini telah mendapat ratusan ribu jumlah tontonan dan ratusan komen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Mata tak tengok Mira, tengok atuk tu alahai comel.. Cucu2 kesayangan atok. Kita pon suka main tapi fam tak suka sangat sbb mengantuk tunggu lama2 biasanya kitorang main uno.. ”
” Alolo comelnyaa atok n smuaa.. Kalau Saya, Saya akan main congkak.. Saidina, scrabble, dam ular. Tak lupa card games like happy family dan uno.. “
” Omeyyyy atok layan cucu.. Atuk taknak bg kerjasama dlm lakonan mira. Comelnya atok ada iras umar. Atok yg sangat pndai snap photo.. “
” Comelnya atuk, Moga sentiasa sihat atuk. Alah Manjanya Mira & Aina. Atok layan Cucu Yg Dh Kahwin wow. Kak Mira kita sama saya pun suka main sahibba waktu free.. “
” Comelll tgok gaya atok kak mira.. atuk macam chinese. Online games but not a gamer tho.. Comel je atok tu. So cute.. “
” So cute grandpa.. Heheheh cute je atok. Atok okey Tak Kat situ. Comeiii laa atok Kak Mira.. ‘Main dulu main dulu’- so cute.. “
” Suka tengok atuk mfmirafilzah .semoga selalu dalam jagaan-Nya atuk, sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. lamanya tak main.. “
Perkongsian ini turut membuatkan ramai merindui atuk mereka masing-masing. Pastinya semasa kecil, Mira dan adik-beradiknya merupakan cucu kesayangan atuk kan. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga atuk Mira sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..