” Mata papa, senyum mama. Comelnya Ayya Soffya.. “

Aeril Zafrel Kongsi Wajah Terkini Puterinya, Ayya Soffya. Ya Allah Comel Sangat Ni. Sebijik Mama, Wawa Junior !!

Nama anak kecil ini walaupun baru berusia 2 bulan sudah menjadi popular di kalangan peminat dunia hiburan. Diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di negara Istanbul, Ayya Soffya sudah memiliki ratusan ribu peminat. Betapa terujanya peminat untuk tahu perkembangan di kecil ini.

Ayya Soffya atau digelar ibu dan bapanya itu sebagai Copia telah diwujudkan akaun sosial sendiri yang mana sehingga kini telahpun diikuti seramai 257 ribu pengikut. Ayya Soffya dilahirkan pada 1 Disember 2019 dan menjadi cahaya mata ketiga buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Sudahpun memiliki seorang abang bernama Ahmad Fakruddin Attar dan seorang kakak bernama Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Hari demi hari pasti ada sahaja cerita yang dikongsikan oleh Aeril tentang anak-anaknya yang pastinya wajah Ayya Soffya menjadi perhatian.

Menerusi akaun Instagram, Aeril telah berkongsikan sekeping gambar terkini wajah anaknya Ayya Soffya. Soffya yang kini sudahpun 2 bulan buat netizen naik ger4m dengan kecomelan wajahnya itu. Sekali pandang macam tengok Wawa versi bayi pulak !

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji kecomelan wajah Ayya Soffya ini. Antara komen-komen netizen :

” Comeinya ayya soffya.. “

” Mata papa, senyum mama.. “

” Nape comey sangat niee ayya.. “

” Lawa lah budak niiiiii ya Allah!.. “

” Comelnyeeee diaaa , cantik macam kakak mama diaa.. “

” Cantiknyer macam mommy betul.. “

” Comel sangat-sangat… Macam anak mat saleh… “

Hati mana tak ger4m tengok wajah comel Ayya Soffya ni. Dengan mata bulat dan rambut hitam bersinar dan lebatnya tu buat Soffya nampak macam anak patung. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ayya Soffya membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..