” Mata macam masuk habuk pulak tengok video ni.. ” – Netizen

Video Apak Harry Khalifah Melayani Peminat Istimewanya Menyanyi Buat Peminat Tersentuh. Muka Apak Pun Nampak Terharu Sangat. Semoga Cepat Sihat Yer Dik !!

Nama penyanyi Harry Khalifah atau lebih mesra dipanggil Apak pernah melet0p dengan singlenya yang berjudul Suaramu Syairku. Mengolah semula lirik lagu ini, Apak mendedikasikan lagu berjudul Doa Wira Negara khas untuk wira dan wirawati negara kerana peng0rbanan untuk menangani C0v1d-19.

Mempunyai peminat daripada pelbagai lapisan umur, Apak seorang yang peramah dengan peminat dan ini dilihat daripada akaun media sosialnya. Meninjau akaun Instagram Apak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Apak bersama seorang peminat khas.

Coret Apak di kapsyennya, dia tidak menyangka bakal ada peminat seperti adik ini. Dipanggil adik Aqim, tersentuh hati Apak apabila Aqim menyanyikan lagu hitsnya itu. Anak istimewa pun tahu akan lagu dendangan Apak.

Cara layanan Apak terhadap peminat istimewanya ini juga mendapat pujian daripada peminat. Nampak minat betul adik Aqim dengan Apak sampai boleh menghafal lirik lagunya. Apak turut mendoakan agar adik Aqim diberikan kesembuhan dan sihat selalu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video ini telahpun ditonton oleh lebih 42 ribu tontonan. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Touchingnya along tengok, so sweet.. ” – Amelina

” Mantap bang Apak, semoga adik Aqim dengan Apak sihat selalu. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati Apak.. “

” Mata macam masuk habuk pulak tengok video ni. Semoga Apak tetap menjadi inspirasi ramai. terbaik Apak.. “

” Abg apak ni lagu citaan dia semua saya minat dan cara abg apak pon saya berasa bangga sangat sebab abg apak ni seorang yang peramah pada peminat. saya respect betul abg apak ni steady bosku.. “

” Terbaik Apak, you are the man lah Apak. Semoga lagu lagu Apak memberikan keceriaan buat adik Aqim ni.. “

” Alhamdulillah, semoga sihat sihat selalu Aqim. Barakallah Apak you are the best. Terima kasih Apak melayani insan istimewa dengan baik.. “

” Hebatnya dia, Apak terbaik layan adik Aqim. Kita jangan somb0ng dengan orang, betul tak Apak. Salute lah Apak.. “

” Apak memang terbaik sebab tu ramai sayang Apak. Apak buat kita yang tengok pun jadi tersentuh hati.. “

Alhamdulillah, walaupun dengan sedikit layanan sudah mampu membuatkan anak istimewa ini tersenyum gembira. Semoga adik Aqim akan dikurniakan kesembuhan oleh Allah. Buat Apak, terus maju jaya dalam karier dan murah rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harry Khalifah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..