” Masih padu l0ntaran suara, proud of you Akma.. ” – Netizen

Video Akma Abdullah Menyanyikan Semula Lagu Yang Pernah Dinyanyikannya Pada 17 Tahun Lalu Menerusi Rancangan Akademi Fantasia Raih Perhatian Peminat. Woww Maintain Lagi Suara Akma !!

Bagi yang pernah mengikuti rancangan Akademi Fantasia (AF) musim ketiga pasti mengenali peserta bernama Akma Abdullah atau nama sebenarnya, Asiahtunakma Abdullah. Untuk makluman, Akma telah menduduki tempat ke 7 menerusi pertandingan tersebut.

Kini, selain bergelar seorang penyanyi, Akma juga aktif sebagai pengacara pelbagai rancangan televisyen. Sudah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Akma telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Meninjau di akaun Instagram, Akma ada berkongsi video yang memaparkan dirinya telah memeriahkan sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video itu, Akma menyanyikan sebuah lagu yang pernah dinyanyikannya pada minggu ke 7 dalam rancangan Akademi Fantasia 17 tahun lalu.

Tulis Akma, lagu ‘Bertakhta Di Hati’ nyanyian asal penyanyi Farahdhiya ini sering mendapat permintaan ramai hingga ke hari ini. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Persemnbahan Akma ketika menyanyi secara live itu membuatkan ramai yang memuji suaranya.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Akma dan memuji suara Akma. Antara komen-komen warganet adalah :

” Masih padu l0ntaran suara, proud of you Akma. Dengar Akma menyanyi terus rindu zaman tengok AF dulu.. “

” Bestnyaaa suaraaa. Love love. Sedap betul suara Akma menyanyi live, nampak labih baik berbanding 17 tahun lalu.. “

” Terubat rindu dl masa Af memang suka tone Akma nyanyi. Lagi2 time Akma bawa lagu Syura. Dah ler muka sama dengan Syura, hehe.. “

” Next, boleh try masuk GV pula Akma. Mana tahu ada rezeki kali ni menang. Sedap lah suara Akma sekarang.. “

” Mendayu2 suara Akma. More brilliant than 17 years ago lh. Semoga Akma akan lebih berjaya dalam bidang nyayian selepas ni.. “

” So talented la Akmaabdullah dengar live lagi laaa best sangat terpeg0n semua tau. Terus rindu AF musim 3 dengar Akma menyanyi.. “

” Peserta musim 3 AF memang semua best2 tau. Rasanya musim ketiga paling rare. Cayalah Akma masih padu vokal.. “

Wahh memang merdu suara Akma membawakan lagu ‘Bertakhta Di Hati’ itu. Apa-apapun Semoga Akma terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan diharapkan terus bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Akma Abdullah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..