” Masa tengok ni, kita senyum sendiri. Tak sangka Ustaz sweet sangat.. ” – Netizen

Sedutan Video Aksi Neelofa Dan PU Riz Di Rancangan Nabil To Neelofa Ketika Menjawab Satu Pertanyaan. Alahai Sweet Sangat PU Riz Ni, Jawapan Lofa Pun Buat Nabil Ahmad Lagi Mengusik Pasangan Ini !!

Program bual bicara Islamik yang sudah beberapa episod bersiaran di Astro kembali menggabungkan pasangan pengacara tersohor, Nabil Ahmad dan Neelofa. Banyak pengisian dan ilmu berguna dikongsikan dalam program ini.

Meninjau akaun Instagram Lovestory,me2, telah dikongsikan sedutan video ketika rancangan ini bersiaran yang mana PU Riz menjadi tetamu jemputan. Membincangkan tajuk ‘Cabaran Pendakwah Muda’, episod kali ini ditunggu-tunggu peminat pasangan pengantin baru ini.

Pada awal rancangan lagi, Nabil sudah mengusik Neelofa dan PU Riz. Mereka memang mesra dan suka bergurau dan ini membuatkan episod kali ini lebih santai. Nabil turut bertanya kepada Neelofa perasaannya apabila PU Riz keluar beberapa hari untuk mengikuti jemaah tabligh.

PU Riz yang tersenyum sempat mengus4p bahu Neelofa sebelum Neelofa memberikan jawapannya itu. Alahai Nun dan Ha ni tak pernah tak sweet lah. Jawapan Neelofa juga buat Nabil dan PU Riz tertawa dan bersetuju dengan kata-katanya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini menarik perhatian peminat dan rata-ratanya suka melihat kebahagiaan Neelofa dan PU Riz sekarang. Antara komen-komen peminat :

” Allahu semoga kekal hingga ke jannah , terasa bahagia bila tgk video2 neelofa dan suaminya, semoga kita juga mendapat kebahagian begitu aminnn.. “

” Kita punyaaa senyum sampaiii telingaaa masa part usap bahu nii aaiiiii. Sweet tabarakAllah suka tengok dorang ni.. “

” Masa tengok ni, kita senyum sendiri. Tak sangka ustaz sweet sangat. Bersemut tengok Nun Ha ni. Semoga mereka berdua kekal hingga ke jannah.. “

” Hahaha kelakar yg ni tp sweet sgt lah bila tgk Haris ngan lofa ni .. manis yg bahagia bila kita tgk .. till jannah.. “

” Neelofa berfikir matang dan Ustaz Haris pun sama.The sweetness of this marriage kerana Allah. kami doakan rumah tangga yg Ustaz Haris dan Neelofa bina Aman bahagia hingga ke Jannah. AAMIIN.. “

” Ye.. Mmg sangat2 sweet. Instant gesture dr Haris. Tengok gaya Lofa ckp mcmlah dah lama diaorg kawen walhal masa sho0ting ni not even a month pon diaorg kawen.. “

” Mesti nak tersenyum tersenggeh tengok dia orang ni. Ini part paling best, sweet sangat dorang ni. All those hiccups sgt mematangkan mereka.. “

Berbunga-bunga hati peminat pengantin baru ini melihat gelagat mereka apabila berada dalam rancangan yang sama. Semoga ikatan perkahwinan Neelofa dan PU Riz ini sentiasa aman damai, dirahmati Allah serta berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lovestory.me2

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..