” Mark muka tu jangan lain macam tengok susu Nilofa tu.. ”Β – Netizen

Video Mark Adam Menuang Susu Nilofa Dengan Gaya Yang Amat Pel1k. Dah Kenapa Tu Mark. Lain Macam Sangat Ni !!

Gelagat lucu dan membuat jenaka dengan muka bersahaja Mark Adam sering menggeletek hati peminat. Pemuda yang berasal dari Filipina ini merupakan penyanyi, pelakon dan guru muzik di Suara Academy. Mula menjadi sebutan peminat menerusi lagu Marry Me.

Mark Adam yang mempunyai sifat melawak semulajadi ini juga adalah juri penyiasat bagi rancangan hiburan popular I Can See Your Voice Malaysia selama tiga musim berturut-turut. Sudahpun mendirikan rumahtangga bersama pengurusnya, Nor Azah Redzuan pada tahun 2003.

Selain nyanyian, Mark juga pandai berlakon dan telah banyak drama tempatan yang dibintanginya. Antara lakonan yang berjaya menarik perhatian ramai adalah TQ Captain. Pandai menjiwai watak dengan reaksi muka yang berkesan, Mark membuatkan penonton mula mengikuti rapat perkembangannya.

Menerusi akaun Instagram, Mark Adam telah berkongsikan satu video Tik Tok yang memaparkan aksinya sedang menuang air susu produk Nilofa ke dalam gelas. Namun gelagat dan mimik muka Mark buat netizen tertawa apatah lagi melihat susu yang dituang semakin berkurangan. Tahap dewa betul suntingan Mark ni.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan video Mark ini. Antara komen-komen netizen :

” Mark muka tu jangan lain macam tengok susu Nilofa tu.. ”Β 

” Kreatifnya video ni ! Bijak bijak Sir Mark.. “

” Walaupun diam aku tetap gelak tengok muka Mark.. “

” Apasal plastik air tuu semakin tebal.. “

” People gonna say it’s reverse.. “

” Aikk macam mana boleh menurun air susu tu mark.. Hahhha.. “

Kalau bab kreatif memang Mark Adam la orangnya. Kena betul reaksi mukanya bila tengok susu tu berkurangan dalam gelas. Memang real betul suntingannya. Patutla sampai terbang Kak Izan ada tukang edit kreatif ni. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mark sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..