” Mark kalau mengaji mesti sedap, menyanyi sedap didengar.. ” – Netizen

Video Mark Adam Belajar Mengaji Daripada Seorang Ustaz Tarik Perhatian Ramai. Alhamdulillah, Teruskan Usaha Mark. Sedap Suara Mark, Boleh Jadi Qari !!

Penyanyi Mark Adam sudah pasti dikenali ramai. Bukan sahaja memiliki suara yang sedap didengar, malah perwatakan dirinya yang bersahaja juga buat ramai pasti terhibur. Mark atau nama sebenarnya ialah Mark Adam Abdullah merupakan warganegara Filipina.

Nama Mark menjadi sebutan dengan lagu yang dibawanya iaitu Marry Me dan diminati ramai. Bermula dari situ, Mark mula menempah nama dalam dunia industri seni. Kini Mark bukan sahaja bergelar seorang penyanyi, malah dia juga merupakan seorang pelakon dan guru vokal.

Untuk rekod, jejaka tampan ini telah bertemu jodoh dengan seorang wanita rakyat Malaysia iaitu Nor Azah Redzuan yang juga pengurusnya. Siapa sangka kini, Mark telah pun menetap dan bekerjaya di Malaysia sudah hampir belasan tahun dan bertaraf penduduk tetap.

Menerusi akaun Instagram, Mark telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama seorang Ustaz sedang belajar mengaji. Mark juga berkongsi kapsyen yang dirinya sedang belajar memperbetulkan sebutan ayat dalam surah Al- Fatihah dan Mark juga bersyukur diberi kesempatan untuk belajar mengaji meskipun dirinya sibuk.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

Video Mark sedang mengaji mempelajari sebutan surah Al- Fatihah itu turut menarik perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tabarakallah (tahniah) Mark Adam. Because u r willing to learn. Pasti Allah permudahkan. Keep it up.. “

 ” Mark Adam kalau mengaji mesti sedap, menyanyi sedap didengar, mengaji pun mesti sedap juga. Boleh jadi Qari. InsyaAllah.. “

” Alhamdulillah moga Allah permudahkan Mark dalam membaca dan memahami al-quran.. “

” Alhmdulillah Markadam1079 moga di permudah kan segala nya Aamin… “

” Alhamdulillah. Teruskan usaha Mark. Moga dipermudahkan.. “

” Alhamdulillah. Tahniah Uncle Mark! Sara doakan supaya Uncle terus istiqomah ya.. “

” Alhamdulillah … Semoga dipermudahkan Allah… In sha Allah besar pahala susah payah sepanjang belajar betulkan bacaan.. “

Bagus Mark, tak pernah berhenti untuk mempelajari ilmu agama, memang terbaik. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Mark akan terus istiqomah untuk memdalami ilmu agama dan semoga Mark menjadi insan yang soleh dan hidup bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mark Adam, Ezzpowers

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..