” Mana boleh tua ustaz. Imam Muda bawa sampai bila-bila.. ” – Netizen

Imam Muda Asyraf Kongsi Video Sambutan Ulang Tahun Kelahirannya Yang Ke 37 Bersama Keluarga Tersayang. Sanah Helwah Ustaz !!

Juara Imam Muda musim pertama 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Rezuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf telah menyambut hari lahir yang ke 37 pada hari semalam bersamaan 12 Februari 2021. Sempena hari ulang tahun kelahirannya, majlis sambutan hari jadinya telah dibuat oleh ahli keluarganya serta mereka yang mengenali dirinya.

Meninjau ke laman Instagram miliknya, telah dikongsikan video sambutan ulang tahun kelahirannya. Anak-anaknya menyanyikan lagu happy birthday buat Imam Muda Asyraf. Boleh dilihat di atas meja makan dipenuhi dengan makanan dan kek yang disediakan oleh keluarganya untuk sambutan hari ulang tahun kelahirannya. Imam Muda Asyraf turut mendapat kej0tan kek daripada seseorang yang mengenali dirinya.

Kedengaran di dalam video tersebut, Imam Muda Asyraf mengatakan kepada anak-anaknya yang abah sudah tua. Di samping itu, Asyraf ada meminta anak sulungnya membaca doa. Anaknya turut berdoa agar abahnya itu akan kurus sedikit. Pernyataan daripada anaknya itu membuatkan Imam Muda Asyraf ketawa mendengarnya.

Menerusi kapsyennya pada posting tersebut, Imam Muda Asyraf mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan, doa dan kiriman hadiah sempena hari lahirnya yang ke 37 tahun. Selain itu, mengatakan rasa terharu dengan sambutan yang dibuat oleh ahli keluarganya sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Jom tonton video di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran serta mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Imam Muda Asyraf. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Ingat m4t1 cappp.. Tengok makin tua ni makin bergaya.. Sanah Helwah ustaz.. Semuga sentiasa dlm rahmat n rahim Allah bersama family tercinta till jannah.. Amin..”

” Happy birthday.. Moga kurus sikit.. Bagus betul doa anakanda tu.. Sanah helwah Ustaz.. Moga murah rezeki dunia akhir4t.. Cntiknya rumah ustaz.. “

” Selamat Hari Tua Abah.. Syok sungguh abah.. hahaha.. Iman muda masih ada.. Moga sentiasa dalam naungan rahmat dan kasih sayang Allah.. “

” Mana boleh tua ustaz.. Imam Muda bawa sampai bila2.. Happy Birthday Ustaz.. Semoga ustaz dan seisi keluarga dlm rahmat Allah swt Aamiin2 ya mujib.. “

” Seb4knya ustaz dok sebut abah.. Teringat kt arw4h abah kak.. Happy besday ustaz seronokkn ada family.. Bahagia sgt dgn ank2.. “

” Selamat Hari Lahir ustaz Asyaraf semoga pnjg umur..  Murah rezeki dilindungi dan dirahmati Allah selalu.. Smg bahagia disisi isteri dam anak tercinta.. “

” Uiii terl1oq tgok durian. Hahaha Happy Birthday ustaz.. . Semoga ust sekeluarga diberkati Allah di dunia dan akhir4t.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 37 tahun buat Imam Muda Asyraf. Semoga Imam Muda Asyraf dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, bahagia di samping keluarga tercinta dan hidup sentiasa diberkati Allah SWT. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Imam Muda Asyraf

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo OH Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..