” Makan sampai tertidur, comel betul budak ni.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja Yang Tertidur Di Kerusi Makan. Alahai Evie Kenyang Sangat Ke Tu, Sampai Terlent0k Tidur. Mulut Tu Com0t, Comel Sangat Evie !!

Ramai yang mengetahui pada tahun lepas, pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka iaitu seorang bayi perempuan. Pejam celik pejam celik, tak lama lagi anak pasangan ini bakal memasuki usia 1 tahun.

Memilih nama sebagai Evie Khadeeja, dilihat wajah Evie saling tak tumpah seperti Harris. Meninjau di akaun Instagram Intan mahupun Harris sekarang, kedua-dua mereka sering berkongsi perkembangan Evie buat tatapan umum.

Terbaru, Harris telah berkongsi gambar Evie. Kelihatan dalam gambar tersebut Evie sedang duduk dan tertidur di atas kerusi makan bayi. Pada bahagian mulut Evie kelihat com0t seperti Evie baru sahaja selesai menikmati makanan.

Tulis Harris pada ruangan kapsyen dengan mengucapkan selamat malam berserta emoji tidur. Perkongiaan gambar terbaru Evie ini telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ada warganet meluahkan rasa sukanya melihat kecomelan Evie yang sedang tidur. Antara komen tersebut adalah :

” Makan sampai tertidur, comel betul budak ni.. Good nite cayang.. “

Alahai Evie, mengantok sangat ni. Comel sungguh gaya tengah tidur, mesti kenyang sangat makan kan Evie. Mengimbau kenangan selepas Evie dilahirkan, Intan dan Harris mengambil masa dua bulan untuk berkongsi wajah Evie dan namanya buat pengetahuan umum.

Bukan itu sahaja, kehadiran si comel ini membuatkan kehidupan rumahtangga Intan dan Harris semakin bahagia. Beberapa bulan selepas Evie dilahirkan, Intan telah berkongsi penampilan terbarunya yang sudah mengenakan hijab.

Silakan SHARE..

Sumber : IG harrisalif

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..