” Mak nampak sebaya dengan anak jer.. “

Gambar Terkini Anak Teruna Maria Farida, Mizan Ashley Yang Handsome. Wah, Nampak Macam Kakak Dengan Adik Jer !!

Maria Farida Atienza merupakan seorang pelakon, model dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mac 1970. Beliau mula aktif di dalam bidang seni sejak dari tahun 1991 sehingga kini. Maria juga merupakan sepupu kepada pelakon Badrul Muhayat.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama kawan baiknya yang merupakan seorang usahawan berusia 62 tahun, Datuk Rahman Shakur. Ini sekaligus menamatkan zaman ibu tunggalnya selama 10 tahun. Maria mempunyai tiga orang anak melalui perkahwinannya dahulu.

Maria banyak membintangi drama, filem dan telefilem. Antaranya ialah Love you Mr Arang, Lara Aisyah, Tundukkan Pl4yb0y Itu dan banyak lagi. Manakala filem pula ialah Anak Mami Nasi Kandaq, Mamak Cupcake dan Datin Gha1rah.

Menerusi akaun Instagram, Maria telah berkongsi gambarnya bersama anak terunanya bernama Mizan Ashley. Mizan kini melanjutkan pelajaran di Australia dan ramai yang menyatakan bahawa Maria dan anaknya kelihatan seperti adik beradik, ini kerana wajah pelakon wanita tersebut kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya.

Rata-rata netizen memuji penampilan Maria yang sentiasa nampak muda. Antara komen-komen mereka :

” Pretty mom.. love u so much.. “

” Semoga sy tetap kelihatan mude sepertimu.. “

” Macam adik beradik.. “

” Like brothers and sisters.. “

” Lawanya mommy .. “

Sememangnya Maria dan anaknya nampak seperti adik-beradik dan beruntung sungguh Mizan mempunyai seorang ibu yang begitu cantik dan menawan. Walaupun sudah berusia 50 tahun namun Maria nampak muda dari usianya. Apakah rahsia beliau yang kelihatan begitu awet muda ye ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maria Farida by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..