” Macam muka Baem, handsome Dato’ waktu ni.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Ketika Berumur 16 Tahun, Wajah Dato’ Aliff Syukri Raih Tumpuan Netizen. Wah Muka Zaman Friendster Dan Myspace, Nampak Berbeza Lah. Amboi Bukan Maing Lagi Nama Glamour Dato’ Masa Tu !!

Nama Dato’ Aliff Syukri sudah tidak asing lagi di Malaysia. Merupakan seorang usahawan yang berjaya, Dato’ Aliff juga merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Dato’ Aliff berjaya membina empayarnya sendiri dalam usia yang muda.

Walaupun sering menimbulkan k0ntr0versi dan menerima pelbagai komen negat1f, Dato’ Aliff tetap dengan kehidupannya sendiri dan tidak mengambil pusing atas segala t0hmahan diberikan. Malah Dato’ Aliff masih mempunyai ramai peminat yang tetap menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam mencapai kejayaan.

Meninjau ke akaun Instagram miliknya, Dato’ Aliff telah memuatnaik gambar lamanya ketika berusia 16 tahun. Gambar tersebut merupakan gambar yang dia gunakan dalam kebanyakan media sosial yang popular pada masa itu seperti Friendster dan Myspace.

Wajah Dato’ Aliff ini meraih perhatian netizen kerana sekali imbas seperti wajah anak ketiga Dato’ Aliff iaitu Baem. Wah, handsome juga Dato’ ketika remaja. Agak-agaknya wajah Baem apabila meningkat remaja nanti pasti seperti wajah bapanya dahulu.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang menyatakan wajah Dato Aliff seiras dengan anak-anaknya dan ada yang turut menyatakan seiras Datin Shahida. Antara komen-komen yang diberikan :

” 16 tahun nampak macam 23 tahun.. 32 tahun nampak macam 16 tahun, wah dato nampak macam budak pandai la masa muda.. “

” Terlajak suci, handsome dato’. Semoga panjang umur dan murah rezeki dato.. Seiras muka datin pun ada. Patutlah kuat jodoh.. “

” Kenapa nampak mcm 15eh? Apa apapun tahniah atas kejayaan sekarang. Dato ni sebaya dengan usia saya la. Rakan sebaya la kita.. “

” Baem sangat lah. Macam pernah tgk gambar ni di myspace. Lainlah muka. Ingatkan sapa tadi. Macam student oversea.. “

” Muka dato dulu macam muka pelakon azhar sulaiman lah. Dato pernah masuk pertandingan model kan. “

” Wow, zaman friendster, zaman mirc, zaman myspace . How time flies. Seiras dengan muka datinla dato. Ni namanya jodoh serasi. Semoga bahagia hendaknya.. “

” Handsome ter0k muka Dato masa ni. Flawless habis.. Sekolah dato sama dengan saya lah. Tapi dato swnior saya. Sekolah as syakirin.. ” 

” Pergh macam muka penyanyi nasyid.. Muka yusof pun ada. Muka baem pun ada. Muka qadejah pun ada. Seiras semua.. “

Wah, macam-macam pandangan yang diberikan oleh netizen. Tetapi tidak hairanlah jika wajah Dato Aliff seiras anak-anaknya tetapi kalau seiras Datin Shahida ini bermakna Dato menemui jodoh yang serasi. Semoga Dato Aliff terus berjaya dalam perniagaan dan berbahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..