” Macam mix Chinese, comel .. ” – Netizen

Video Anak Lana Nodin , Gia Cakap Bahasa Melayu. Namun Wajahnya Menjadi Tumpuan. Ala-Ala Malu Pula Dia. Comel Sungguh Anak Dara Lana Sorang Ni !!

Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan seorang model yang kemudiannya menjadi seorang pelakon. Namun, kini Lana lebih memberikan fokus kepada perniagaanya sendiri. Meskipun sibuk dalam pelbagai kerja yang dilakukan, Lana tetap menerima tawaran lakonan meskipun sibuk.

Lana telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka ‘ mat saleh’ berasal dari Amerika yang merupakan seorang pemain bola tampar bernama David McKienzie atau nama islamnya Mohd Daud McKienzie Abdullah. Pertemuan bibit cinta pandangan pertama pasangan ini adalah ketika bertemu di sebuah majlis di Singapura.

Hasil perkongsian hidup bersama selama 5 tahun, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Puteri sulung pasangan ini diberikan nama sebagai Gia Quinn McKienzi yang kini telah berusia 4 tahun dan  William Daud Mckienzie berusia 2 tahun.

Terbaru, Lana telah berkongsi video yang memaparkan dia bersama anak sulungnya, Gia. Video tersebut merakamkan Lana telah mengajar anaknya bercakap dalam bahasa melayu. Kelihatan Gia agak malu untuk bercakap namun dia begitu comel lebih-lebih lagi tampil dengan memakai kain telekung.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah :

Perkongsian video itu telah membuat rata-rata netizen turut terhibur. Malah kecomelan Gia turut menjadi perhatian netizen. Antara komen-komen tersebut adalah:

” Comelye.. Semoga menjadi anak yg solehah.. “

” Da besar la anakdara Lana pandai dia .. ” 

 ” Comel dia pakai telekung.. “

” Comelnye die.. Mcm cina plk mukanya.. “

” Sejuk jer tgk Gia. She so g0rgeous.. ” 

” Mcm mix Chinese.. Comel “

” Gia dah beso la.. Makin cantik like mummy.. “

So cute Gia, manis jer dia senyum, walaupun malu-malu.  Sekejap jer masa berlalu, Gia dah besar, nanti mesti cantik macam mommy kan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Gia membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lana Nodin

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..