” Macam anak omputih, sebijik Abang Aidil ni.. ” – Netizen

MUA Bellaz Kongsi Wajah Penuh Anak Ketiganya Berserta Namanya Yang Sangat Indah. Wahhh Seiras Sungguh Dengan Muka Abangnya, Aidil. Comel Sangat, Putih Gebu !!

Bagi peminat dunia solekan, nama MUA Bellaz bukan nama asing. Daripada anak kampung dan orang biasa, Bellaz menjadi tersohor dan sudah memiliki kehidupan yang serba mewah hasil usaha kerasnya itu. Bakatnya dalam dunia solekan sering menjadi pilihan ramai termasuk golongan artis.

Hidup susah ketika kecil membuatkan Bellaz tekad untuk merubah nasib hidupnya. Sering berkongsikan tutorial makeup di laman Youtube, Bellaz berhasil membuat solekan yang halus dan kemas. Mulutnya yang suka berceloteh dan bercakap dalam loghat Utara juga membuatkan videonya jadi menarik untuk ditonton.

Sudahpun bergelar ibu kepada dua orang anak iaitu Icha dan Aidil, beberapa hari lepas Bellaz selamat melahirkan cahayamata ketiganya. Sejak dari awal lagi sudah Bellaz kongsikan wajah scan bayinya ini, ramai menjangkakan bayi ini pasti comel seperti Bellaz.

Menerusi akaun Instagram, Mua Bellaz telah berkongsikan sekeping gambar terkini bayinya yang baru dilahirkan beberapa hari yang lalu. Turut mengumumkan nama bayi ketiganya ini, perkongsian Bellaz menarik perhatian. Comelnya baby Ean Yusuf, nampak sama persis macam Bellaz dan Aidil.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian wajah terkini bayi Bellaz ini menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah bellaz.. comeynyaaa, aidil sebijik muka.. “

” Eid adha mubarak Ean yusuf. muka mcm abg aidil dia laaa.. Segakk aihh.. “

” Comelnya Ya Allah.. moga membesar dgn sihat Ean.. “

” Comey.. Sebijik aidil abg Ngah dia.. “

” Macam anak omputih, nice name Mua Bellaz.. “

” Eeyyyy ger4ammm la comel sangaattt. Putih gebu ada lesung pipit pulak tu.. “

” Ya Allah comeyyy mcm mat saleh. Comelnya baby yusuf. Kena sangat nama dengan muka tu.. “

Putih gebu sungguh sebijik muka Aidil masa bayi dulu. Bibir merah bak delima la Yusuf pasti ramai peminatnya nanti. Apa pun, semoga Yusuf menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat di bawah lindungan Allah selalu dan gembira di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG MUA Bellaz

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..