” Loqhat Kedah check piau bak hang.. “

Video Aaisyah Dhia Rana Bersembang Tentang Orang Yang Dia Sayangi Dalam Loghat Kedah Bersama Ibunya, Rozita Che Wan Buat Ramai Terhibur. Part Pak Hang Tu Kelakar Sangat !!

Anak selebriti iaitu pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana sering menjadi perhatian di laman sosial. Aaisyah kini sudah berusia 6 tahun dan pelbagai ragam dan gelagatnya telah dikongsikan oleh Che Ta di akaun Instagramnya.

Kecantikan dan kecomelan Aaisyah membuatkan ramai peminat meminta Che Ta menambah anak. Namun atas faktor kesihatan dan usia Che Ta tidak berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarganya. Aaisyah kini semakin besar dan mewarisi kecantikan dan ketampanan ibubapanya.

Aaisyah juga gemar berfesyen dan bersolek. Dia lebih suka bermain dengan alat solekan daripada barang permainan. Memang Che Ta sangat kan !! Aaisyah juga pandai bergaya serta ber’posing’ dan ini membuatkan Aaisyah banyak menjadi duta beberapa produk.

Menerusi akaun Instagram, video Aaisyah bercakap dalam loghat Kedah telah dikongsikan. Aaisyah berbicara tentang orang-orang yang dia sayangi. Aaisyah menyusun dari nombor 1 hingga seterusnya siapa yang dia paling sayang. Siap ada ranking tu. Hahaha.

Jom kita dengar Aaisyah yang petah berkata-kata ni. Kelakar dan comel sangat !!

View this post on Instagram

Loqhat Kedah check piau bak hang ..

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Rata-rata netizen memuji loghat Kedah Aaisyah yang begitu pekat sekali. Antara komen-komen mereka :

” Suka tngok Aaisyah nie.. Walau pon cmpur kacukan.. Dlam ramai2 ank artis she is the best kids.. Bhasa melayu dia sntiasa ada.. English pon ada.. Cute.. Love u litter girl moga sntiasa.. Aisyah diberkati dn di lindunggi Allah…. “

” Tudiaaa sian kat pak hang nombot 3.. ni betoi2 org loqstaq.. “

” Suka tngok anak che ta. bapa dia mix tpi lancar ckp melayu.. bny anak artis melayu tulin ckp org putih .. melayu kurang.. “

” Yeahhh terubat rindu acik nk dengaq Aaishah ckp loghat utagha.. heheheh.. “

” “Pak hang” tu yg win! Hahahahahahaa .. “

” Boleh jadi cucu mokcun dah ni.. “

” Piauuuuu aihhhh….. chekkk oiiii.. “

Wah, hebat lah Aaisyah. Cakap Kedah pun piau habis, cakap english pun slang habis. Siapa nombor 2 yang Aaisyah sayang tu ye ? Macam rahsia jer tu ? Boyfriend ye ? Hahaha. Semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang bijak dan baik serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by  Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..