” Looking at this just make me cry.. ” – Netizen
Norman Hakim Kongsi Video Bersama Ibunda Tercinta Mengundang Rasa Seb4k Di Kalangan Netizen. Cara Norman Melayan Bonda Dengan Penuh Kasih Sayang Buat Ramai Tersentuh !!
Menjadi impian setiap ibu bapa dianugerahi dengan anak yang baik, soleh dan solaheh. Sesungguhnya cukup beruntung jika seorang anak sanggup melapangkan masanya buat ibu bapa tercinta. Pasti kan kita lihat senyuman ibu sepanjang hari, dan inilah yang pasti dinanti seorang anak.
Inilah rutin Norman Hakim setiap minggu, meluangkan masa bersama ibu tersayang, Puan Kamariah Kamat semata-mata untuk bersarapan bersama. Perkongsian video yang dimuatnaik Norman mendapat ribuan view daripada peminatnya. Rata-rata memuji kebaikan Norman terhadap ibunya, tidak kurang juga yang seb4k melihat video tersebut.
Umum mengetahui Norman sememangnya mempunyai hubungan baik bersama ibunya. Tatkala Noman dilanda masalah, ibunya adalah tempat Norman meluah, berkongsi dan mendoakan. Kapsyen Norman di Instagram juga menyatakan perkara yang sama, hanya inginkan doa, doa dan doa seorang emak.
Norman juga mengharapkan apa yang Norman lakukan menjadi contoh buat anak-anak yang lain. Bagus sungguh Norman menjadi insprasi terutama kepada anak muda untuk berbakti kepada ibu bapa. Sememangnya sebagai seorang anak, ibu bapa adalah segalanya dan tempat anak-anak berbakti.
Ikuti perkongsian video Noman di bawah :
Perkongsian Norman mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Tak pnh tak nang1s klau Saya tgk vdeo tuan normn dgn bonda.. “
” Bertuah masih ada lg mak.. jagalah sebaik mungkin.. AL Fatihah UTK arw4h mak saya.. “
” Sm muka, sm senyuman ibu n anak.. Semoga maknya diberi kesihatan yang baik.. “
” Rindu nya dgn arwuidah mama yg baru sj pergi.. Looking at this.. just make me cry.. I missed my mum.. Al Fatihah.. “
” Yup rutin saya dengan arwah aya setiap petang khamis ( ayah suka makan kat kedai ).. dan dengan arw4h ibu (suka makan kat rumah ).. “
” Syukor dpt anak mcm norman. Sentiasa menjaga hati ibu. Nak meleleh air mata tgk. Dulu mak cik ada anak yg perangai mcm norman. Terlalu menjaga hati ibu. Tapi Allah ambil awal. Umor 21 Allah dah amik.. “
Semoga Norman terus menjadi contoh kepada yang lainnya, betapa penting kita menjaga ibu bapa dengan baik. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih anak bawa bahagia. Semoga Norman terus-terusan berbakti dan menjadi anak soleh buat ibu tercinta. Sesungguhnya, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Norman Hakim 786
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..