” Lenguh rahang wey duk gelak. Mat tudung mari.. ” – Netizen

Video Dato’ Fizz Fairuz Live Instagram Lagi Dengan Mimi Peri, Berdek4h-Dek4h Dibuatnya. Part Perbetulkan Tudung Dengan Muka Senget-Senget Tu Serius Kelakar. Hah.. Mat Tudung Terus Keluar !!

Semakin hari semakin lawak kelakuan Dato’ Fizz Fairuz. Masih belum sudah dengan mengaj0k aktor komedi Mimi Peri, nampaknya mereka mula berkawan baik dan sering berhubung. Baru semalam dikongsikan ramai live Instagram mereka yang sangat melucukan.

Peminat sendiri terkej0t melihat sisi lain Dato’ Fizz ini. Disangkakan serius kerana air mukanya yang tampak sebegitu tapi rupanya dia seorang yang kelakar dan suka membuat lawak. Bintang utama drama Mat Tudung ni benar-benar menjadi penghibur pada masa PKP ini.

Hanya sekadar untuk bersuka-suka dan menghiburkan hati, berbagai aksi dibuat Dato’ Fizz. Kali ini beliau live lagi bersama Mimi Peri. Namun gayanya memakai tudung tak ubah seperti cerita lakonannya itu buat peminat terhibur dengan gelagatnya.

Menerusi akaun Instagram, Datin Almy Nadia telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Fizz Fairuz sedang berborak bersama Mimi Peri. Dengan bahasa Indonesianya, gaya Dato’ Fizz membetulkan tudung menggeletek hati ramai. Habis semua mimik muka keluar. Aduhai apasal lucu sangat ni !

Jom tonton video di bawah :

Alahai Dato’ Fizz ni tak pernah tak kelakar. Antara komen-komen peminat :

” Lenguh rahangg weyyy duk gelakkk.. “

” Ger4m aje nengok perangainye… Hahaha.. “

” Jarang tak berdekah tengok lagi-lagi tengok dengan si kayangan tu.. “

” Gil4-gil4 buat saya pun ketawa.. “

” Aduhh osahhh lakaiii… Terguling-guling golak Haaa… “

” Mat tudung mari doh.. “

” Hahahaha selala berlakon jah4t je rupanya kelakar.. “

” Hahaha dia jadi lagi. Lawakkkk.. “

Makk aii Dato’, memang ketawa tak boleh berhenti macam ni. Dengan muka senget-senget betulkan tudung, Mimi pun gelak tengok. Rupanya ada lagi lagi gelagat yang mencuit hati daripadanya. Part contact lens lagi padu lawaknya. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Fizz ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Almy Nadia by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..