” Lawalah Uzma, sekilas pandang ingat Fouziah Gous.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Terbaru Yatie Sendayu Tinggi Bersama Anaknya, Noor Uzma. Wajah Uzma Yang Cantik Raih Perhatian Ramai. Dah Macam Kakak Dan Adik Je. Ada Yang Kata Uzma Macam Muka Fouziah Gous !!

Nama legasi Sendayu Tinggi antara yang gah di Malaysia dan sudah lama bertapak dalam dunia kosmetik. Diasaskan oleh Bonda Rozita, perniagaannya ini diteruskan oleh anak perempuannya, Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali dengan nama Yatie Sendayu Tinggi.

Yatie juga sangat aktif di laman sosial dan hampir setiap hari ada sahaja gambar dan video yang dikongsikan Yatie untuk bacaan netizen. Meninjau akaun Instagram Yatie, telah dikongsikan beberapa keping gambar Yatie bersama anak sulungnya, Noor Uzma Raisah.

Cerita Yatie di kapsyennya, andai neneknya melihat gambar pastinya lama akan dibelek. Menyedari si sulung semakin membesar dan sudah jadi anak dar4, Yatie turut merasakan dirinya sudah makin berusia. Bak kata abahnya, macam tak percaya Uzma sudah besar.

Uzma kini yang sudah belasan tahun usianya nampak matang wajah dan perwatakannya. Wajahnya nampak lebih iras dengan papanya, Mohamad Zaidi. Kata orang, kalau anak perempuan mengikut wajah ayah, ‘sejuk’ rumahtangga.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gelagat Yatie bersama Uzma ini mendapat perhatian daripada netizen. Rata-ratanya memuji wajah cantik Uzma dan mengatakan ibu dan anak ini nampak seperti adik beradik sahaja. Antara komen-komen mereka :

” Cantik mak dengan anak ni. Dah macam adik beradik pulak. Anak dar4 makin manis, maknya nampak muda selalu.. “

” She is soo pretty, muka daddy sangat lah Uzma. Dah boleh jadi model mak, baguslah kakak. macam kakak dengan adik je.. “

” Sekali pandang muka Uzma macam Fauziah Gous, makin cantiklah anak dar4 kak Yatie ni. Jelingan mata tu cantik betul.. “

” Macam adik beradik lah, model let0p ni. Uzma muka daddy dia sangatkan, makin comel dan cantik anak gadis Yatie ni. Ada iras iras Fouziah Gaos lah.. “

” Tak nampak macam mak dengan anak, nampak macam adik dan kakak. Lawa lah Uzma sekarang, first time tengok Uzma senyum, manisnya.. “

” Cantiknya anak dar4 Yatie, dah makin besar ni makin cantik pulak tengok dia. Dia ada manis yang tersendiri. Macam Fouziah Gous sikit mukanya.. “

” Ala besar dah Uzma, muka matang cantik macam Yatie jugak. Jarang senyum tapi bila senyum ala cair tengok. Sekilas pandang, ingat Fouziah Gous hehe.. “

Bila anak sudah semakin besar tetapi ibunya maintain cantik, memang nampak macam adik dengan kakak sahaja. Bila senyum bertambah manis nampak si Uzma ini. Apa pun, semoga Yatie sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yatie_kmrzmn

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..